Perlu Diingat, Ini Sujud Yang Membatalkan Solat

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu pernah mengatakan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam diperintahkan untuk melakukan sujud dengan bertumpu pada 7 anggota badan.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat lain, juga dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Aku diperintahkan untuk bersujud dengan bertumpu pada tujuh anggota badan: dahi dan beliau berisyarat dengan menyentuhkan tangan ke hidung beliau, dua telapak tangan, dua lutut, dan ujung-ujung dua kaki…” (HR. Bukhari dan Muslim).

cara sujud yang betul cara sujud, tertib sujud, sujud ketika solat, sujud yang betul,

Berdasarkan hadis, tujuh anggota sujud dapat kita perincikan:

  • Dahi dan mencakup hidung.
  • Dua telapak tangan.
  • Dua lutut.
  • Dua hujung-hujung kaki.

Praktikal beliau ketika sujud, hidung dipastikan menempel di lantai. Sahabat Abu Humaid Radhiyallahu ‘anhu menceritakan cara shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menempelkan dahi dan hidungnya ke lantai…” (HR. Abu Daud dan dishahihkan al-Albani).
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menekankan agar dahi dan hidung benar-benar menempel di lantai. Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Allah tidak menerima solat bagi orang yang tidak menempelkan hidungnya ke tanah, sebagaimana dia menempelkan dahinya ke tanah.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf 2710, Abdurrazaq dalam Mushannaf 2898, ad-Daruquthni dalam Sunannya 1335 dan dishahihkan Al-Albani).

BACA JUGA:Inilah Enam Bentuk Syafa’at Dari Rasulullah S.A.W

Hadis ini menunjukkan, menempelkan hidung ketika sujud hukumnya wajib. Dan ini merupakan pendapat Imam Ahmad & Ibnu Habib (ulama Malikiyah). (al-Majmu’ Syarh Muhadzab, 4/208).

Bagaimana Jika Ada salah Satu Anggota Sujud tidak Menyentuh Lantai?

Cara sujud semacam ini sangat sering kita lihat di masjid. Yang sering menjadi korban adalah kaki. Bahagian kaki tidak menempel tanah. Terutama ketika sujud kedua. Sehingga orang ini tidak sujud dengan bertumpu pada 7 anggota sujud.

Sebagian ulama menilai, sujud semacam ini batal, sehingga shalatnya tidak sah.

An-Nawawi mengatakan, “Untuk anggota sujud dua tangan, dua lutut, dan dua hujung kaki, apakah wajib sujud dengan menempelkan kedua anggota badan yang berpasangan itu? Ada dua pendapat Imam ‘alaihis salam-Syafii.

Pendapat pertama, tidak wajib. Namun sunah muakkad (yang ditekankan). Pendapat kedua, hukumya wajib. Dan ini pendapat yang benar, dan yang dinilai kuat oleh as-Syafi’i Rahimahullah. kerana itu, jika ada salah satu anggota sujud yang tidak ditempelkan, solatnya tidak sah.” (al-Majmu’, 4/208).

Keterangan yang sama juga disampaikan Dr. Sholeh al-Fauzan. Dalam salah satu fatwanya, beliau mengatakan: Orang yang sujud, namun salah satu anggota sujudnya tidak menempel tanah, maka di sana ada perincian:

Jika dia tidak menempelkan sebagian anggota sujud kerana uzur yang menghalanginya untuk melakukan hal itu, seperti orang yang tidak boleh sujud dengan meletakkan salah satu anggota sujudnya, maka tidak ada masalah baginya untuk melakukan sujud dengan bertumpu pada anggota sujud yang boleh dia letakkan di tanah. Sementara anggota sujud yang tidak mampu dia letakkan, menjadi udzur baginya.

BACA JUGA: 9 Waktu Disarankan Membaca Surah Al Ikhlas

 

Namun jika dia tidak meletakkan sebahagian anggota sujud tanpa ada uzur yang diizinkan syariat, maka solatnya tidak sah. kerana dia mengurangi salah satu rukun solat, iaitu sujud di atas 7 anggota sujud.Wallahua’lam.

3 thoughts on “Perlu Diingat, Ini Sujud Yang Membatalkan Solat”

Leave a Comment

15 + 13 =