Lima Keutamaan Berjalan Kaki Menuju Masjid , Setiap 1 Langkah Mendapat Balasan Kebaikan

Begitu banyak cara yang boleh dilakukan untuk meraih pahala sebanyak-banyaknya. Salah satu yang tidak disangka-sangka adalah berjalan kaki menuju masjid untuk melaksanakan solat. Meski ketika ini pelbagai jenis kenderaan boleh dengan cepat menghantarkan kita ke masjid, namun ada baiknya anda melakukan hal ini kerana begitu banyak pahala dan keutamaannya.

Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadist riwayat Bukhari pernah melarang sahabatnya yang akan pindah dengan tujuan agar rumahnya lebih dekat dengan masjid. Rasulullah menyebutkan bahawa mereka harus tetap tinggal dirumah lama, ini kerana semakin jauh masjid yang mereka tempuh, maka pahala yang tercatat adalah sebanyak jejak telapak kaki yang mereka langkahkan hingga ke masjid. Selain keutamaan tersebut, masih banyak keutamaan lain yang boleh diraih kaum muslimin yang berjalan kaki menuju masjid.

1. Mendapat Cahaya di Hari Kiamat

Salah satu keutamaan yang akan didapatkan seseorang jika rajin berjalan menuju masjid untuk menunaikan solat berjamaah adalah mendapat cahaya pada hari kiamat kelak. Lebih-lebih lagi jika pelaksanaannya ketika solat isyak dan subuh. Hal ini berdasarkan penjelasan HR Abu Daud dan Tirmidzi yang ertinya: “Berilah kabar gembira kepada orang-orang yang ‘berjalan’ di dalam kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya yang akan diperolehnya pada hari kiamat.” (Shahih HR. Abu Daud dan Tirmidzi).manfaat berjalan kaki ke masjid, jalan kaki ke masjid, keutamaan jalan kaki ke masjid, pahala jalan kaki ke masjid

2. Dibangunkan Sebuah Rumah di Syurga

Keutamaan lainnya yang juga diperoleh dengan amalan ini adalah janji Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga. Kita yang terjebak dalam rutin pekerjaan sehari-hari mungkin akan jarang berfikir tentang hal ini. Bahawa sebenarnya rumah yang kekal sebenarnya adalah di akhirat kelak, sementara dunia, hanya persinggahan sementara yang dilalui. Sehingga tidak adil jika kita hanya memperindah rumah kita di dunia, sementara sama sekali tidak memikirkan bagaimana rumah di akhirat nanti. Nabi Muhammad SAW bersabda yang ertinya :

“Barangsiapa yang berjalan menuju ke masjid (untuk solat) dan pulang setelahnya maka Allah akan menyediakan sebuah rumah di syurga untuknya, baik ketika pergi mahupun pulang.” (Shahih HR. Ahmad).

3. Setiap Satu Langkah Menghapus Satu Dosa

Cara sederhana ini ternyata memiliki keutamaan lain sebagai saranan menghapus dosa. Setiap satu langkahnya, Allah SWT menjanjikan penghapusan satu dosa. Selain itu, Allah juga akan mengangkat darjat mereka yang berjalan kaki ke masjid. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang ertinya:

“Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya, maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat darjatnya.” (HR.Muslim)

BACA JUGA: Perlu Diingat, Ini Sujud Yang Membatalkan Solat

4. Ditinggikan Darjatnya

Cuba perhatikan orang-orang yang rajin datang ke masjid untuk solat dengan berjalan kaki. Tidak boleh dinafikan orang-orang ini selalu menjadi sebahagian penting dalam suatu sistem kemasyarakatan. Sama ada sebagai pengurus masjid, imam dan lain sebagainya.

Hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang dengannya Allah menghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat?” Para sahabat berkata, “Tentu, wahai Rasulullah”, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Menyempurnakan wudhu pada ketika-ketika yang tidak disukai (seperti diketika dingin), banyak melangkahkan kakinya menuju ke masjid, dan menunggu shalat setelah shalat, itulah yang namanya ribath (mencurahkan diri dalam ketaatan)”.(HR. Muslim)

5. Akan Dilipatgandakan Pahalanya

Keutamaan lainnya yang akan didapatkan dengan berjalan kaki menuju masjid adalah Allah SWT melipatgandakan pahala untuknya. Abu Musa Radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya di dalam shalat adalah yang paling jauh berjalan menujunya. Maka orang yang paling jauh dan ‘orang yang menunggu shalat sampai ia melaksanakannya bersama imam’ lebih besar pahalanya daripada orang yang shalat kemudian tidur” (HR. Bukhari dan Muslim )

Memang, ini adalah cara yang mudah yang boleh dilakukan untuk meraih sebanyak-banyaknya pahala. Namun untuk mewujudkan solat berjalan kaki ke masjid tentu saja bukan hal mudah jika ingin dipraktiskan diera kini. Dengan berbagai alasan duniawi, akhirat terlihat kelam dan tidak terfikirkan. Semoga informasi ini boleh menambah pengetahuan anda tentang agama Islam.

BACA JUGA: Masya Allah Inilah 10 Manfaat Bersolat Jemaah Di Masjid

Leave a Comment

one × 2 =