Kita Bukan Lahirkan Anak Untuk Hambakan Mereka

‘Tak bagi duit dekat mak, ayah bukan anak derhaka.’ Kita bukan lahirkan anak untuk hambakan mereka. Anak ramai bukan bererti untung kerana bila besar kelak mereka membalas kembali segala duit, ringgit yang kita keluarkan.

Salah konsep ya, anak-anak bila sudah dewasa dan berkahwin mempunyai kehidupan sendiri. Ada keluarga yang perlu mereka utamakan. Oleh itu sebagai ibu bapa yang terlebih dahulu makan garam, seharusnya lebih matang.

Ikuti perkongsian Yasmin Hanani Mohd Safian dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.

Tak Bagi Duit Dekat Mak, Ayah Bukan Anak Derhaka

Salah konsep makcik ni.
Selagi ada suami, suami tanggung isteri.

Pencen terbitan suami, rumah dan aset warisan untuk isteri.
Anak ada tanggungan sendiri, isteri dan anak-anak.

Saya tak faham konsep orang kita yang mudah menghukum anak derhaka tak bagi duit pada emak sedangkan emak ayah duit pencen masuk, tapi si anak yang masih berjuang hutang rumah dan hutang kereta.

Lebih menyedihkan wujud pemikiran mendesak anak buat hutang untuk ibu bapa besarkan rumah, buat kenduri kahwin sana sini.

Salah dan salah. Islam tidak ajar begitu.

Anak bukan KWSP kita.

Saya paling tak suka orang kata pada kami.
Untung anak ramai, esok sudah tua, seorang anak bagi RM500 sudah dapat berapa.

Siapa ajar mentaliti begini?
Buat anak supaya bagi kita duit?
Kita yang menafkahi anak yang belum baligh bukan sebaliknya.
Sakit ada mentaliti masyarakat kita begini.

Kita Bukan Lahirkan Anak Untuk Hambakan Mereka

Lainlah jika kita sakit, invalid tak ada kerja dan juga tiada pencen. Maka anak-anak pakat bantu. Dan anak yang beri wang pada ibu bapa atas dasar ihsan besar pahalanya walaupun bukan kewajipan. Memang saya jumpa ada ustaz yang menyebut pada jemaah warga emas:

“Tuan, puan, minta duit pada anak-anak jangan malu.”

Tolong-menolong itu ihsan.
Sebagaimana wujudnya anak derhaka,
Ibu bapa manipulator juga wujud…

Sumber : Yasmin Hanani Mohd Safian

Leave a Comment

twenty − 11 =