Doa-Doa Rasulullah SAW Selesai Solat

Disyariatkan bagi seorang mukmin untuk berdoa semasa solat sebagaimana disunnahkanuntuk berdoa sama ada ketika solat fardhu ataupun solat sunnah.

Nabi telah menunjukkan contoh cara berdoa dalam solat iaitu ketika sujud, duduk diantara dua sujud dan selepas tasyahud dan selawat
atas Nabi Shallallahu alaihi wasallam sebelum salam.

Telah diriwayatkan pula bahwa beliau berdoa ketika duduk di antara dua sujud:
‘Allahummagfilii, warhamnii, wahdinii, wajburnii, warzuqnii, wa’aafinii’

Ertinya “Ya Allah ampunilah aku, rahmatillah aku, berilah hidayah kepadaku, cukupilah aku, berilah rezeki kepadaku dan maafkanlah aku”

Nabi Shallallahu “alaihi wa sallam juga bersabda:
“Adapun rukuk maka agungkanlah Rabb-mu, sedangkan ketika sujud bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, niscaya segera dikabulkan untuk kalian” (H/R Muslim)

doa selepas solat, doa selepas solat subuh, doa selepas solat wajib, doa selepas solat sunat,

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Jarak paling dekat antara seorang hamba dengan Rabb-nya adalah ketika sujud,maka perbanyaklah doa (ketika itu)” 
(H/R Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu bahawa:Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mengajarkan tasyahud kepadanya berkata:
“Kemudian hendaknya seseorang memilih permintaan yang dia kehendaki” 
Dalam lafaz yang lain:
“Kemudian pilihlah doa yang paling disukai lalu berdoa” 
(H/R Sahihain)

# Doa 1 –

Ummu Salamah berkata, “Bahawasanya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila selesai solat subuh baginda berdoa,

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/179, no. 915. Dinilai sahih oleh al-Albani)

# Doa 2 –

Sa’ad B. Abu Waqqash berkata, “Di setiap kali selesai solat, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam akan berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari beberapa perkara (dengan doa berikut):

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ اَلْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ اَلدُّنْيَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ اَلْقَبْرِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat nyanyuk. Dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/470, no. 5897)

# Doa 3 –

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Aku wasiatkan kepada kamu wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan pada setiap kali selesai solat untuk membaca (berdoa),

اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 36/430, no. 22119. Al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

# Doa 4 –

Al-Baraa’ radhiyallahu ‘anhu berkata, “Bahawasanya apabila kami solat di belakang Rasulullah, kami lebih suka berada di saf sebelah kanannya kerana baginda akan menghadapkan wajahnya kepada kami. Dan aku mendengar baginda berdoa (dengan doa berikut),

رَبِّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ أَوْ تَجْمَعُ عِبَادَكَ

“Wahai Tuhan-Ku, jauhkanlah aku dari azab-Mu pada hari di mana engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/20, no. 1159)

# Doa 5 –

Abu Bakrah berkata, “Bahawasanya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berdoa di akhir solatnya (dengan doa berikut),

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad, 34/52, no. 20409. Sanadnya kuat di atas syarat Muslim sebagaimana kata Syu’aib al-Arnauth)

BACA JUGA: 9 Waktu Disarankan Membaca Surah Al Ikhlas

Leave a Comment

twenty − eight =