Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun

Ada satu cerita, Iblis terkutuk berdebat dengan Firaun durjana. Tiada yang baik antara keduanya, namun ada yang teruk macam mereka.

Kononnya, pada suatu malam, Iblis pergi ke istana Firaun ketika ‘sahabatnya’ itu hendak tidur. Tiba sahaja di hadapan kamar Firaun, Iblis pun mengetuk pintu lalu memanggil Firaun keluar.

Firaun berang tidak terkira kerana ada yang berani mengganggunya ketika dia mahu melelapkan mata. “Siapa yang berani ketuk pintu bilik tidur aku?,” tanya Firaun yang sombong itu dengan suara bengis.

“Hai! Bukankah engkau sentiasa dakwa diri engkau tuhan, tapi aku ada di sebalik pintu depan engkau pun engkau sudah tidak tahu. Tapi tidak apalah. Sebenarnya aku Iblis. Keluarlah sekarang kerana aku mahu berbincang dengan engkau,” jawab Iblis selamba.

lebih jahat dari firaun, mahkluk lebih jahat dari firaun, iblis memperdaya firaun, kejahatan lebih dari firaun

Dia menyeringai, puas hati kerana awal-awal lagi dia sudah berjaya memperlekehkan Firaun, seorang raja negara besar yang digeruni ramai.

Maka, setelah Firaun membuka pintu dan melihat Iblis tercegat bercekak pinggang di hadapannya, dia jadi bertambah marah.

“Engkau memang makhluk tidak berguna. Dengan makhluk lain, bahkan Nabi Adam, engkau bersikap biadab. Dengan aku pun engkau mahu tunjuk keras kepala?,” sergah Firaun.

Iblis senyum. “Anggapan engkau salah. Sebenarnya engkau lebih teruk daripada aku,” jelas Iblis yang tidak terkesan pun dengan kemarahan Firaun.

“Kenapa engkau kata begitu?,” tanya Firaun, api kemarahannya semakin membara.

BACA LAGI: Betapa ‘Buruknya’ Rumah Kita Di Akhirat!

“Cuba engkau fikir. Aku lebih tua, lebih cerdas dan lebih kuat daripada engkau. Tapi aku tidak seberani engkau. Aku hanya tidak mahu tunduk pada Nabi Adam apabila diperintah ALLAH kerana aku lebih hebat.

“Aku dijadikan daripada api, sedangkan Adam (manusia) dijadikan daripada tanah. Mana boleh aku tunduk padanya! Bagaimanapun, aku tidak pernah tolak keesaan ALLAH.

“Tetapi engkau; walaupun hanya manusia biasa, tiada kelebihan apa pun, namun engkau berani mengaku kononnya engkau tuhan,” kata Iblis.

Firaun sedar kelemahannya. Dia teringat betapa dia cuba menghalang ancaman terhadap diri dan kekuasaannya dengan mengeluarkan perintah supaya semua bayi lelaki dibunuh, tetapi dengan kuasa ALLAH, Nabi Musa AS membesar di istana sebagai anak angkatnya sendiri dan akhirnya menjadi apa yang dianggap sebagai musuh yang akhirnya menyebabkan seluruh tentera serta dirinya tenggelam di lautan.

“Benar apa yang kamu katakan. Kalau begitu aku mahu bertaubatlah,” kata Firaun kepada Iblis.

lebih jahat dari firaun, mahkluk lebih jahat dari firaun, iblis memperdaya firaun, kejahatan lebih dari firaun

Iblis, yang sentiasa penuh dengan tipu-helah itu menjawab: “Jangan. Penduduk Mesir sudah menerima engkau sebagai tuhan. Bila kamu cabut taraf ketuhanan daripada dirimu itu, mereka akan berpaling daripadamu, akan memusuhimu dan memporak-perandakan kekuasaanmu. Akhirnya kamu akan menjadi orang yang hina-dina.”

“Benar juga kata-kata engkau. Tetapi, aku mahu tahu adakah di dunia ini ada makhluk lain yang jahat selain aku?,” tanya Firaun.

“Ada,” kata Iblis.

“Orang yang tidak sudi menerima permohonan maaf,” kata Iblis, sebelum beredar.

BACA LAGI: Inilah Cara Untuk ‘Ubati’ Rasa Takut Akan Kematian

ALLAH yang Maha Berkuasa pun sentiasa mengalu-alukan hambaNya memohon ampun daripadaNya dan ALLAH bersedia mengampunkan hambaNya walaupun dosa mereka banyak.

Rasulullah SAW mengajarkannya kepada isteri Baginda, Aisyah, ketika Aisyah bertanya kepada Baginda: “Wahai Rasulullah, andainya aku berjumpa lailatul qadar, apa yang perlu aku katakan?.”

Baginda bersabda: “Katakanlah: Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau cintakan kemaafan, maka maafkanlah kami.”

ALLAH berfirman (Sohih Muslim) yang maksud: “Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal Aku akan mendekatinya sehasta. Sesiapa yang menghampiriKu sehasta aku akan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan Aku akan pergi kepada dalam keadaan bersegera”.

“Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu”.

Wallahualam.

2 thoughts on “Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun”

Leave a Comment

13 − 10 =