Ayah Baru Meninggal Tapi Anak-Anak Bertengkar, Berebut Harta

Salah satu dari pengalaman yang saya lalui sendiri ketika menguruskan jenazah. Hayatilah perkongsian ini, mudah-mudahan menjadi sempadan dan tauladan kita bersama.

Atas amanah dan tanggungjawab yang Allah ilhamkan buat diri ini, sekali laig saya dijemput oleh sebuah hospital di bandar yang terkemuka dan elit. Mohon keampunan dari Allah swt atas nawaitu saya perkongsian pengalaman ini sebagai jalan muhasabah dan peringatan untuk saya dan kita semua agar meletakkan setiap perlakuan sebagai ibadah dan nawaitu kerana Allah.

Seperti kelaziman, saya diundang melalui panggilan telefon daripada pihak forensik untuk memandikan dan mengkafankan seorang lagi jenazah. Sepanjang perjalanan saya, hati ini terusan berdoa agar saya tidak dipertemukan dengan sebarang kejadian pelik dan hanya memohon agar sepanjang pengurusan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna dengan izinNya.berebut harta, faraid, kiraan faraid, kiraan hibah, waris, waris harta, cara buat wasiat

Sampai saja di hospital, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah dan rutin saya sebelum memandikan jenazah, saya akan membentangkan kain kafan terlebih dahulu agar mudah urusan yang seterusnya.

Setelah selesai menyediakan peralatan mandian, saya tergerak hati untuk menjemput waris arwah iaitu anak-anaknya untuk turut serta dalam meraih pahala terakhir untuk jenazah ayah mereka. Malangnya, ajakan saya langsung tidak diendahkan oleh ketiga-tiga anak lelakinya. Kelihatan juga isteri arwah dan dua anak perempuannya. Mungkin merasa malu dengan tindakan anak lelakinya yang langsung tidak mempedulikan ajakan saya.

Si ibu lantas bersuara agar saya meneruskan saja urusan mandian jenazah suaminya itu. Sekadar menurut arahan, saya meneruskan tanggungjawab saya bersama seorang pembantu forensik hospital.

Setelah selesai urusan memandikan dan mengkafankan jenazah, terdengar suara riuh rendah dari bilik menunggu, seakan pergaduhan yang hebat. Timbul rasa ingin tahu dan tidak selesa dengan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk meninjau perkara yang berlaku.

BACA JUGA: Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun

Kelihatan isteri arwah sedang menangis dan ditenangkan oleh salah seorang anak perempuannya. Pertanyaan saya tidak dijawab, malahan semuanya membisu seolah-olah tidak mahu saya tahu perdebatan ahli keluarga itu. Akhirnya saya difahamkan bahawa pertengkaran anak-anak arwah itu berkaitan dengan harta peninggalan yang belum sempat diagihkan mengikut waris.

Saya difahamkan oleh salah seorang rakan arwah yang hadir bahawa anak-anaknya arwah semuanya menjawat jawatan yang tinggi dalam kerjaya. Antaranya doktor dan pengetua sekolah. Apa yang menimbulkan tanda tanya dan sedikit kekecewaan di hati saya, salah seorang anaknya menggesa ibunya agar menguruskan segera urusan pembahagian harta itu. Bimbang jenazah ayah mereka tidak aman di dalam kubur.

Nauzubillah. Perasaan sedih mula bertandang di hati ini mengenangkan arwah terbiar seorang diri tanpa dihiraukan anak-anaknya yang lebih mementingkan urusan harta dunia dari urusan ayah mereka.berebut harta, faraid, kiraan faraid, kiraan hibah, waris, waris harta, cara buat wasiat

Peringatan buat kita yang masih hidup, agar benar-benar menghadami ilmu berkaitan pengurusan harta dan hibbah. Kenapa Islam menganjurkan Hibbah.

Dan pentingnya sebagai anak mengetahui tanggungjawab tatacara pengurusan jenazah ini sekiranya waris-waris terdekat seperti ibu bapa kita mahupun keluarga yang telah pergi. Betapa besar pahala sekiranya segala keaiban jenazah hanya diketahui oleh waris sahaja dan kesempurnaan pengurusannya juga diuruskan oleh anak-anak sebagai tanda penghormatan yang terakhir dan kasih sayang kepada mereka.

Saya meninggalkan jenazah dengan doa agar rohnya ditempatkan bersama para solihin. Mohon Allah mengampunkan segala dosa saya sepanjang menguruskan arwah dan juga mudahan Allah memberi taufik dan hidayah untuk anak-anaknya.

Dalam Islam, terdapat suatu kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan dengan faraid sebagaimana yang diputuskan di dalam al-quran. ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada).

BACA JUGA: Tujuh Amalan Membantu Untuk Menghadapi Kematian

Wasiat kadang kala dianggap tidak penting dalam kalangan kita khususnya orang Islam. Kematian individu yang mempunyai harta mendatangkan masalah kepada mereka yang hidup dan mereka yang hidup akan mendatangkan masalah kepada si mati apabila si mati tidak berwasiat tentang hartanya sebelum berhijrah ke alam baqa.

Mungkin ada yang beranggapan berwasiat atau membahagi-bahagikan harta menunjukkan kecintaan kepada dunia. Tidak kurang juga yang beranggapan wasiat boleh diselesaikan oleh mereka yang hidup kemudian.

Hakikatnya, wasiat sangat perlu dibuat apatah lagi penyelesaian wasiat selepas kematian amat memeritkan dan mengambil masa yang lama. Karenah birokrasi menambahkan lagi kekusutan hal ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah khilaf saya sendiri. Mohon keampunan sekali lagi di atas perkongsian ini. Jazakallah khairan kathira.

Sumber: Ustaz Syed Sohleh

Leave a Comment

5 + 18 =