Betapa ‘Buruknya’ Rumah Kita Di Akhirat!

Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat ‘property developer’ ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kepada majikannya.

Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikan kepadanya.

Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di ‘design’ rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, inilah yang terjadi pada setiap dari kita.

Kita sekarang sedang ‘design’ dan membina TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak. Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.

Sebaliknya kita yang sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH, kita sedang design dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.

Jika kita design dengan sambil lewa, maka tak sempurnalah kejadiannya. Jika kita membangunnya dengan baik, akan berbaloilah hasilnya.

Tahukah anda dimana dosa kita diletakkan sewaktu kita bersembahyang?

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku’ dan sujud maka berguguranlah dosanya itu”. – Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sahih.

Renungkanlah bersama.

Kongsikanlah artikel ini jika dirasakan bermanfaat untuk diri sendiri dan insan tersayang.

2 thoughts on “Betapa ‘Buruknya’ Rumah Kita Di Akhirat!”

Leave a Comment

16 − 14 =