5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri

1. Bergurau Senda Bersama Isteri dan Anak
“Segala sesuatu yang dijadikan permainan oleh anak Adam adalah bathil, kecuali tiga perkara, melepaskan panah dari busurnya, latihan berkuda, dan senda gurau (mula’abah) bersama keluarganya, kerana itu adalah hak bagi mereka.”
(HR. Ath-Thabrani dalam Al-Kabir , Silsilah As-Shahihah no. 309) (8/7).

2. Bergenggaman Tangan
“..Manakala suaminya merengkuh telapak tangannya (diremas-remas), maka berguguranlah dosa-dosa suami-isteri itu dari sela-sela jari-jemarinya.”
(Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi’ dari Abu Sa’id Al-Khudzri r.a.)pahala suami isteri, pahala bila berkahwin, pahala mudah suami isteri, toleransi suami isteri, jaga hubungan suami isteri, pegang tangan isteri, peluk isteri, pandang isteri

BACA JUGA: Kisah Pedagang Kaya dan Empat Isteri

3. Membantu Pekerjaan Isteri di Rumah
Al-Aswad bin Yazid bertanya kepada Aisyah, “Apa yang biasa dilakukan Nabi SAW. di dalam rumah?” Aisyah menjawab, “Beliau biasa membantu pekerjaan istrinya. Bila tiba waktu solat, beliau pun keluar untuk mengerjakan solat”.
[H.R. Bukhari]

4. Membelai Isteri
“Rasulullah SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami (para isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya, sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya, lalu bermalam di situ.”
(HR. Abu Dawud)

5. Saling Memandang antara Satu Sama lain.
“Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan istrinya dan istrinya memperhatikan suaminya,” kata Nabi SAW menjelaskan, “Maka Allah memperhatikan mereka berdua dengan perhatian penuh rahmat.”
(Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi’ dari Abu Sa’id Al-Khudzri r.a.)

BACA JUGA: Hargailah Isteri Kalau Dah Kahwin, Jangan Berlagak Macam Bujang

1 thought on “5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri”

Leave a Comment

sixteen − five =