Ketika dua insan yang berlainan jenis sepakat untuk membina rumah tangga, sudah dapat dipastikan bahawa keduanya tidak ada niat atau keinginan untuk bercerai.
Namun terkadang dalam perjalanan kehidupan berumah tangga masalah yang sangat sukar. Pasangan suami istri dituntut menyelesaikan masalah tersebut secara baik. Penceraian bukan solusi terbaik. Tetapi penceraian boleh diambil jika memang kenyataannya masalah tidak boleh diselesaikan dengan cara lain.
Dari sini kemudian lahir pertanyaan, apakah suami yang tidak ambil tahu terhadap nafkah isteri dapat dijadikan alasan bagi isteri untuk menuntut cerai?
Imam Syafi’i dalam kitab Al-Umm telah menyimpulkan bahawa Al-Quran mahupun As-Sunah telah menyatakan bahawa tanggung jawab suami kepada isteri adalah mencukupi keperluannya. Termasuk di dalamnya adalah nafkah.
Oleh yang demikian nya adalah jelas bahawa suami tidak hanya diperbolehkan menikmati isterinya tetapi melalaikan apa yang menjadi haknya. Kerana itu jika suami tidak memberikan apa yang menjadi hak isterinya, maka isteri boleh memilih di antara dua pilihan; terus mempertahankan rumah tangganya atau berpisah dengan suami.
قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى : لَمَّا دَلَّ الْكِتَابُ وَالسُّنَّةُ عَلَى أَنَّ حَقَّ الْمَرْأَةِ عَلَى الزَّوْجِ أَنْ يَعُولَهَا احْتَمَلَ أَنْ لَا يَكُونَ لَهُ أَنْ يَسْتَمْتِعَ بِهَا وَيَمْنَعَهَا حَقَّهَا وَلَا يُخَلِّيَهَا تَتَزَوَّجُ مَنْ يُغْنِيهَا وَأَنْ تُخَيَّرَ بَيْنَ مُقَامِهَا مَعَهُ وَفِرَاقِهِ
Ertinya, “Imam Syafi’i berkata, baik Al-Qur`an maupun As-Sunah telah menjelaskan bahwa kewajiban suami terhadap isteri adalah mencukupi keperluannya. Oleh yang demikiannya adalah suami tidak boleh hanya sekadar berhubungan badan dengan isteri tetapi menolak memberikan haknya, dan tidak boleh meninggalkannya sehingga diambil oleh orang yang mampu memenuhi keperluannya. Jika demikian (tidak memenuhi hak isteri), maka isteri boleh memilih antara tetap bersamanya atau pisah dengannya,” (Lihat Imam Muhammad Idris Asy-Syafi’i, Al-Umm, Beirut, Darul Ma’rifah, 1393 H, juz VII, halaman 121).
BACA JUGA: 5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri
Jika terjadi perceraian, lantas bagaimana dengan nafkah yang belum diberikan? Dalam hal ini suami mesti memberikan nafkah yang belum diberikan. Pandangan ini mengacu pada riwayat yang menyatakan bahawa Sayyidina Umar bin Khaththab RA pernah mengirimkan surat kepada para panglima perang agar mengingatkan para suami yang jauh dari isterinya dengan dua pilihan; segera mengirimkan nafkah atau menceraikan isterinya. Jika pilihannya adalah menceraikan isterinya, mereka harus mengirimkan nafkah yang belum diberikan.
وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِلَى أُمَرَاءِ الْأَجْنَادِ فِي رِجَالٍ غَابُوا عَنْ نِسَائِهِمْ يَأْمُرُهُمْ أَنْ يَأْخُذُوهُمْ بِأَنْ يُنْفِقُوا أَوْ يُطَلِّقُوا ، فَإِنْ طَلَّقُوا بَعَثُوا بِنَفَقَةِ مَا حَبَسُوا. وَهَذَا يُشْبِهُ مَا وَصَفْتُ
Ertinya, “Umar bin Khaththab RA pernah menulis surat kepada para panglima perang mengenai para suami yang jauh isterinya, (dalam surat tersebut) beliau mengarahkan kepada mereka agar mengingatkan para suami dengan dua pilihan; antara memberikan nafkah kepada para isteri atau menceraikannya. Kemudian apabila para suami itu memilih menceraikan para isteri, mereka harus mengirimkan nafkah yang belum mereka berikan selama meninggalkannya. Hal ini mirip dengan apa yang telah saya (imam Syafi’i) kemukakan,” (Lihat Imam Muhammad Idris Asy-Syafi’i, Al-Umm, Beirut, Darul Ma’rifah, 1393 H, juz VII, halaman 121).
Atas dasar penjelasan singkat ini, maka jawapan atas pertanyaan di atas adalah boleh isteri mengajukan cerai gugat kepada suaminya dengan alasan suami tidak pernah memberikan nafkah. Nafkah yang belum diberikan selama tempoh waktu tidak memberikan nafkah, mesti diberikan. Kerana itu merupakan hak isteri. Jadi nafkah yang belum diberikan dianggap hutang suami kepada isteri dengan pendapat bahawa agama memberikan keutamaan hal nafkah setiap hari untuk isteri. Ini dalam pandangan Madzhab Syafi’i.
Sementara menurut Madzhab Hanafi, nafkah yang belum sempat diberikan tidak tergolong hutang suami kepada isteri dengan pendapat bahawa tidak ada ketentuan untuk berapa banyak nafkah setiap harinya.
Kembali soal gugat cerai. Di antara pendapat lain yang boleh dikemukakan untuk mendukung pendapat yang menyatakan kebolehan bagi isteri untuk mengajukan cerai gugat kerana suami tidak memberikan nafkah adalah firman Allah dalam surat An-Nisa` ayat 34.
الرِّجَالُ قَوّامُونَ عَلىَ النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ على بَعْضٍ وَبما أنفَقوا منْ أَمْوَالهِمْ
Ertinya, “Laki-laki adalah pelindung kaum perempuan, oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) dengan sabahagian yang lainnya (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan sebahagian harta mereka…” (QS. An-Nisa` [4]: 34).
BACA JUGA: Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam
Ayat tersebut dengan jelas memberikan alasan kuat kenapa lelaki adalah pelindung kaum perempuan? Kerana antara lain adalah lelaki menafkahkan sebahagian harta mereka. Dalam kontek hubungan suami isteri ayat tersebut mesti dibaca bahawa suami adalah pelindung bagi isterinya kerana suamilah yang memenuhi nafkahnya.
Dengan demikian, apabila suami tidak mahu memberikan nafkah, maka isteri tidak memiliki pelindung. Dan ketika tidak ada pelindung, dia boleh memilih antara tetap bersamanya serta bersabar dengan keadaan yang dia hadapi, atau memilih berpisah dengannya.
Namun sebelum memutuskan untuk bercerai dengan suami kerana tidak diberi nafkah, sebaiknya dilakukan usaha dan perbincangan terlebih dahulu untuk menyelesaikan persoalan yang ada. Dan jika tetap gagal dan solusinya hanya dengan berpisah, maka segera selesaikan di jabatan agama berdekatan.