Amalan Yang Di Sayangi Allah dan Manusia: Zuhud

,السلام عليكم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا

حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ أَبِي السَّفَرِ حَدَّثَنَا شِهَابُ بْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَمْرٍو الْقُرَشِيُّ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ

Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Ubaidah bin Abu As Safar telah menceritakan kepada kami Syihab bin ‘Abbad telah menceritakan kepada kami Khalid bin ‘Amru Al Qurasyi dari Sufyan Ats Tsauri dari Abu Hazim dari Sahl bin Sa’d As Sa’idi dia berkata:

“Seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berlakulah zuhud dalam urusan dunia niscaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain niscaya kamu akan dicintai orang-orang.”

[Riwayat Ibn Majah; juga hadis ke 31 di dalam Hadis 40 oleh Imam Nawawi]hidup zuhud, amalan bersederhana, bersederhana, amalan zuhud, sentiasa cukup, tidak riak,

Berdasarkan hadis di atas dapatlah kita ketahui bahawa amalan yang di sayangi Allah dan manusia ialah bersikap zuhud dalam perkara dunia dan apa yang dimiliki orang lain.

Hasan al-Basri pernah mendefinisikan zuhud iaitu “apabila seseorang itu bertemu dengan orang lain dia akan mengatakan orang itu lebih baik darinya”. Maksud yang disampaikan oleh beliau ialah seseorang itu mempunyai sifat tawadduk lagi rendah diri terhadap orang lain. Ini kerana perkara ini adalah berlawanan dengan kata-kata iblis yang angkuh apabila mengatakan “aku lebih baik daripada dia” terhadap Allah apabila disuruh untuk sujud.Ayat ini dirakamkan di dalam surah al-A’raaf ayat 12:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

BACA JUGA: Mengapa Perlu Tawakal Dalam Dunia Perniagaan?

—–
Dalam kehidupan ini manusia tidak lari akan hasad dengki dan saling buruk sangka. Walaupun seseorang itu bertaraf Nabi sekalipun, dia akan tetap tidak disukai oleh sebahagian orang. Namun atas sikap Nabi yang zuhud, terdapat juga segelintir yang terpegun atas sifatnya itu lalu memeluk Islam. Kisah seperti itu banyak di nyatakan di dalam hadis-hadis sahih, ini menggambarkan bahawa apabila kita bersikap zuhud kita akan disenangi orang lain.

Namun apa yang terjadi hari ini berlainan daripada dakwah Rasulullah saw. Golongan-golongan yang bercakap tentang agama siang dan malam merasakan diri mereka yang lebih baik daripada orang lain. Kata-kata mereka terhadap orang lain penuh dengan sindiran dan kata-kata ejekan. Mereka hanyalah berani berselindung di sebalik dalil agama padahal bukan semua di dalam Islam itu mereka amalkan. Cuma sebahagian sahaja yang di amalkan, itu pun kerana enak mengikut acuan mereka.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
[al-Baqarah: 208]

Apa yang dilihat sekarang ialah mereka gemar untuk melakukan apa yang disuruh Allah hanyalah kepada sesama golongan mereka sahaja dan bukan terhadap orang lain yang “tidak sebulu” dengan mereka. Apabila sesama mereka, mereka menunjukkan akhlak yang mulia terutama terhadap ketua mereka namun terhadap orang lain, orang Islam juga, mereka menunjukkan sikap permusuhan hanyalah kerana perbezaan permasalahan pendapat.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[al-Ma’idah ayat 8]

BACA JUGA: 6 Ciri-Ciri Ketuhanan & Keegoaan Dalam Diri Kita

Walaupun mereka melakukan perkara-perkara yang disukai Allah seperti selalu membaca al-Qur’an, solat sunat dan puasa sunat selalu namun jika mereka melakukannya tanpa sifat zuhud, iaitu seringkali menunjuk-nunjuk, amalan mereka itu hanyalah rugi dan semakin dibenci orang. Mereka melakukan atas dasar riak untuk mengatakan kepada orang lain bahawa mereka lebih baik daripada orang lain. Sedangkan di dalam jiwa dan hati mereka penuh dengan rasa berlagak baik!

[Hadis di dalam Musnad Ahmad bernombor 16517 oleh software Lidwa di http://lidwa.com/app/]

حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ يَعْنِي ابْنَ بَهْرَامَ قَالَ قَالَ شَهْرُ بْنُ حَوْشَبٍ قَالَ ابْنُ غَنْمٍ لَمَّا دَخَلْنَا مَسْجِدَ الْجَابِيَةِ أَنَا وَأَبُو الدَّرْدَاءِ لَقِينَا عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ فَأَخَذَ يَمِينِي بِشِمَالِهِ وَشِمَالَ أَبِي الدَّرْدَاءِ بِيَمِينِهِ فَخَرَجَ يَمْشِي بَيْنَنَا وَنَحْنُ نَنْتَجِي وَاللَّهُ أَعْلَمُ فِيمَا نَتَنَاجَى وَذَاكَ قَوْلُهُ فَقَالَ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ لَئِنْ طَالَ بِكُمَا عُمْرُ أَحَدِكُمَا أَوْ كِلَاكُمَا لَيُوشِكَنَّ أَنْ تَرَيَا الرَّجُلَ مِنْ ثَبَجِ الْمُسْلِمِينَ يَعْنِي مِنْ وَسَطٍ قَرَأَ الْقُرْآنَ عَلَى لِسَانِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَعَادَهُ وَأَبْدَاهُ وَأَحَلَّ حَلَالَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ وَنَزَلَ عِنْدَ مَنَازِلِهِ أَوْ قَرَأَهُ عَلَى لِسَانِ أَخِيهِ قِرَاءَةً عَلَى لِسَانِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَعَادَهُ وَأَبْدَاهُ وَأَحَلَّ حَلَالَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ وَنَزَلَ عِنْدَ مَنَازِلِهِ لَا يَحُورُ فِيكُمْ إِلَّا كَمَا يَحُورُ رَأْسُ الْحِمَارِ الْمَيِّتِ قَالَ فَبَيْنَا نَحْنُ كَذَلِكَ إِذْ طَلَعَ شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ وعَوْفُ بْنُ مَالِكٍ فَجَلَسَا إِلَيْنَا فَقَالَ شَدَّادٌ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ لَمَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مِنْ الشَّهْوَةِ الْخَفِيَّةِ وَالشِّرْكِ فَقَالَ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ وَأَبُو الدَّرْدَاءِ اللَّهُمَّ غَفْرًا أَوَلَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ حَدَّثَنَا أَنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَئِسَ أَنْ يُعْبَدَ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ فَأَمَّا الشَّهْوَةُ الْخَفِيَّةُ فَقَدْ عَرَفْنَاهَا هِيَ شَهَوَاتُ الدُّنْيَا مِنْ نِسَائِهَا وَشَهَوَاتِهَا فَمَا هَذَا الشِّرْكُ الَّذِي تُخَوِّفُنَا بِهِ يَا شَدَّادُ فَقَالَ شَدَّادٌ أَرَأَيْتُكُمْ لَوْ رَأَيْتُمْ رَجُلًا يُصَلِّي لِرَجُلٍ أَوْ يَصُومُ لَهُ أَوْ يَتَصَدَّقُ لَهُ أَتَرَوْنَ أَنَّهُ قَدْ أَشْرَكَ قَالُوا نَعَمْ وَاللَّهِ إِنَّهُ مَنْ صَلَّى لِرَجُلٍ أَوْ صَامَ لَهُ أَوْ تَصَدَّقَ لَهُ لَقَدْ أَشْرَكَ فَقَالَ شَدَّادٌ فَإِنِّي قَدْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى يُرَائِي فَقَدْ أَشْرَكَ وَمَنْ صَامَ يُرَائِي فَقَدْ أَشْرَكَ وَمَنْ تَصَدَّقَ يُرَائِي فَقَدْ أَشْرَكَ فَقَالَ عَوْفُ بْنُ مَالِكٍ عِنْدَ ذَلِكَ أَفَلَا يَعْمِدُ إِلَى مَا ابْتُغِيَ فِيهِ وَجْهُهُ مِنْ ذَلِكَ الْعَمَلِ كُلِّهِ فَيَقْبَلَ مَا خَلَصَ لَهُ وَيَدَعَ مَا يُشْرَكُ بِهِ فَقَالَ شَدَّادٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ أَنَا خَيْرُ قَسِيمٍ لِمَنْ أَشْرَكَ بِي مَنْ أَشْرَكَ بِي شَيْئًا فَإِنَّ حَشْدَهُ عَمَلَهُ قَلِيلَهُ وَكَثِيرَهُ لِشَرِيكِهِ الَّذِي أَشْرَكَ بِهِ وَأَنَا عَنْهُ غَنِيٌّhidup zuhud, amalan bersederhana, bersederhana, amalan zuhud, sentiasa cukup, tidak riak,

Telah menceritakan kepada kami Abu Nadlr berkata; telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid yaitu Ibnu Bahram berkata; Syahr bin Hausyab berkata; Ibnu Ghanam berkata; “Tatkala kami masuk di masjid Al Jabiyah, saya bersama dengan Abu Darda’ bertemu ‘Ubadah bin Shamit, lalu dia menggandeng tangan kananku dengan tangan kirinya dan tangan kiri Abu Darda dengan tangan kanannya, lalu dia keluar dengan berjalan.

Tatkala kami sedang berbisik, demi Allah yang Maha tahu apa yang kami bisikkan, dan itu adalah perkataanya. Lalu ‘Ubadah berkata; “Jika umur salah seorang dari kalian atau kalian berdua panjang, kalian akan melihat seorang lelaki dari tengah-tengah kamu muslimin, ” makna tsabaj yaitu tengahnya, yang dia membaca Al qur’an dengan lidah Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam, lalu dia mengulang-ulanginya dan menampakkannya, dia akan menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram.

Lalu dia akan singgah di tempat istirahatnya atau dia akan membaca dengan lidah saudaranya, dengan bacaan sebagaimana bacaan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam. (lelaki itu) tidak akan kembali dengan kebaikan pada kalian kecuali sebagaimana kembalinya kepala keledai yang telah mati. (‘Ubadah bin Shamit Radliyallahu’anhu) berkata; “Tatkala kami sedang dalam keadaan seperti itu, datanglah Syaddad bin Aus dan Auf bin Malik, lalu mereka berdua duduk bersama kami.” lalu Syaddad berkata; “Sesungguhnya yang paling saya takutkan atas kalian wahai manusia, tatkala saya mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda tentang syahwat yang tersembunyi dan syirik.

Lalu ‘Ubadah bin Shamit berkata; dan Abu Darda berkata; “Ya. Allah, Ampunilah. Bukanlah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah menceritakan kepada kami, sesungguhnya setan telah berputus asa dari harapan untuk disembah di Jazirah Arab.Syahwat yang tersembunyi, kami telah mengetahuinya, yaitu syahwat dunia berupa wanita dan kesenangan lainnya. Apa maksud syirik itu, yang sangat kamu takutkan kepada kami, Wahai Syaddad?.”

Syaddad berkata; “Tidaklah kalian melihat, jika kalian melihat seorang lelaki yang solat karena orang yang lain, atau berpuasa karenanya atau bersedekah karenanya, bukankah kalian melihatnya telah berbuat syirik?” Mereka berkata; “Ya, demi Allah, barangsiapa yang solat atau puasa karena seseorang atau bersedekah karenanya maka dia telah berbuat syirik”.

Lalu Syaddad berkata; “Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Barangsiapa yang sollat karena riyak, maka dia telah berbuat syirik. Barangsiapa yang berpuasa karena riyak, maka dia telah berbuat syirik. Barangsiapa yang bersedekah karena riyak, maka dia telah berbuat syirik.”

Lalu Auf bin Malik ketika itu berkata; “Tidak sebaiknyakah dia jadikan amal itu untuk mencari wajah-Nya semata, sehingga ia lakukan apa yang ia ikhlaskan untuk-Nya dan meninggalkan segala hal yang ia mempersekutukan-Nya?, ” Syaddad ketika itu berkata; “Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Allah Azzawajalla berfirman, Aku adalah sebaik-baik musuh bagi siapa yang berbuat syirik kepada-Ku. Barangsiapa yang berbuat syirik kepada-Ku dengan sesuatu, sesungguhnya segala hal yang dia kumpulkan, amalannya, banyak dan sedikitnya untuk sekutunya yang dijadikannya persekutuan dan Aku tidak perluterhadapnya.”

Berdasarkan hadis yang panjang ini dapatlah dikatakan apabila kita beribadah kerana orang lain atau riak, maka kita telah syirik!

Selain itu, apabila berjumpa dengan orang lain yang agak kurang iman dan ilmunya mereka akan mencabik dada seolah-olah mereka lebih hebat dan baik daripada orang itu sedangkan Rasulullah sendiri tak pernah melakukan seperti itu walaupun dialah yang paling mulia dalam kalangan manusia sejagat.

Namun, apa yang ingin disampaikan ialah kita perlulah berani bersuara bukan bersembunyi disebalik label zuhud lalu tidak melakukan amal makruf nahi mungkar.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
[ali-Imran ayat 104]

Tetapi orang yang fasik,munafik ini perlulah ditegur dengan berhikmah supaya tidak lari. Supaya mereka boleh berfikir bahawa kita ini ikhlas untuk menasihatinya, bukan menyindirnya. Apabila dia merasakan kita menyindirnya, dia akan lari daripada Islam kerana syaitan membisik di telinganya bahawa orang yang kuat agama itulah yang kuat menyindir.Zuhudlah dalam semua perkara, insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah kerana Islam kita hanyalah pada tafsiran Allah sahaja. Bukan terletak pada diri sendiri dan bukan terletak pada orang lain. Kerana yang tahu menilai itu hanyalah Allah.wallahualam.

Rujukan:

1. Kata-kata Hasan al-Basri itu saya dengar semasa kuliah maghrib Hadis 40 di masjid.
2. Software Lidwa http://lidwa.com/app

Leave a Comment

one × 4 =