Suami Tidak Memiliki Rasa Cemburu Diharamkan Syurga, Ini Sebabnya..

Suami jenis semacam ini adalah suami yang tercela sebagaimana disebutkan dalam hadis iaitu hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu’ anhuma dengan sanad marfu ‘-sampai pada Nabi shallallahu’ alaihi wa sallam-, di mana beliau bersabda,

ثَلاَثَةٌ قَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِمُ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالْعَاقُّ وَالْدَّيُّوثُ الَّذِى يُقِرُّ فِى أَهْلِهِ الْخُبْثَ

“Ada tiga orang yang Allah haramkan masuk syurga iaitu: penagih arak, orang yang derhaka kepada orang tua, dan orang yang tidak mempunyai sifat cemburu yang meluluskan perkara keji pada keluarganya.” (HR. Ahmad 2: 69. Hadits ini shahih dilihat dari jalur lain).

Adapun maksud ad dayytus sebagaimana disebutkan dalam Al Mu’jam Al Wasith adalah para lelaki yang menjadi pemimpin untuk keluarganya dan dia tidak punya rasa cemburu dan tidak punya rasa malu.

Yang dimaksudkan tidak punya rasa cemburu dari suami adalah membiarkan keluarganya bermaksiat tanpa mahu mengingatkan.

Imam Ibnul Qayyim ketika menjelaskan kesan buruk perbuatan maksiat, di antaranya perbuatan ad-diyatsah / ad-dayytus (membiarkan perbuatan buruk dalam keluarga) yang timbul kerana lemah atau hilangnya sifat ghirah dalam hati pelakunya, beliau berkata,

الدَّيُّوثُ أَخْبَثَ خَلْقِ اللَّهِ ، وَالْجَنَّةُ حَرَامٌ عَلَيْهِ ، وَكَذَلِكَ مُحَلِّلُ الظُّلْمِ وَالْبَغْيِ لِغَيْرِهِ وَمُزَيِّنُهُ لَهُ ، فَانْظُرْ مَا الَّذِي حَمَلَتْ عَلَيْهِ قِلَّةُ الْغَيْرَةِ

وَهَذَا يَدُلُّكَ عَلَى أَنَّ أَصْلَ الدِّينِ الْغَيْرَةُ ، وَمَنْ لَا غَيْرَةَ لَهُ لَا دِينَ لَهُ ، فَالْغَيْرَةُ تَحْمِي الْقَلْبَ فَتَحْمِي لَهُ الْجَوَارِحَ، فَتَدْفَعُ السُّوءَ وَالْفَوَاحِشَ ، وَعَدَمُ الْغَيْرَةِ تُمِيتُ الْقَلْبَ ، فَتَمُوتُ لَهُ الْجَوَارِحُ ؛ فَلَا يَبْقَى عِنْدَهَا دَفْعٌ الْبَتَّةَ

“… Oleh kerana itulah, ad-dayyuts adalah makhluk Allah yang paling buruk dan diharamkan baginya masuk syurga, demikian juga orang yang membolehkan dan menganggap baik perbuatan zalim dan melampaui batas bagi orang lain. Maka perhatikanlah akibat yang ditimbulkan karena lemahnya sifat ghirah (dalam diri seseorang).

Ini semua menunjukkan bahawa asal (pokok) agama (seseorang) adalah sifat ghirah. Barangsiapa yang tidak mempunyai sifat ghirah maka berarti dia tidak mempunyai agama (iman). Kerana sifat inilah yang akan menghidupkan hati (manusia) yang kemudian menghidupkan (kebaikan pada) anggota badannya, sehingga anggota badannya akan menolak (semua) perbuatan buruk dan keji (dari diri orang tersebut).

Sebaliknya, hilangnya sifat ghirah akan mematikan hati (manusia) yang kemudian akan mematikan (kebaikan pada) anggota badannya, sehingga sama sekali tidak ada penolak keburukan pada dirinya. “(al-jawabul Kafi Liman Sa’ala ‘Anid Dawa Asy-Syafi).

Dengan demikian, ancaman keras dalam hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan ini termasuk dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah Ta’ala, kerana termasuk ciri-ciri dosa besar adalah jika perbuatan tersebut diancam akan mendapatkan balasan di akhirat nanti, baik berupa siksaan, kemurkaan Allah ataupun ancaman keras lainnya.

*sumber panjimas.com

Leave a Comment

one × 5 =