Inilah “Pahala Bocor” Yang Berlaku Dalam Kehidupan Kita

Individu yang membantu orang lain boleh dikatakan ia adalah lebih baik daripada mereka beriktikaf dan berzikir kepada Allah SWT. Hal ini kerana setiap orang Islam bertanggungjawab membantu orang yang memerlukan.

Sebagai contoh, seseorang itu pergi berjumpa dengan orang lain untuk meminta bantuan kerana tiada tempat lain lagi yang boleh dia berbuat demikian untuk mendapatkannya. Maka ia sudah menjadi peringkat wajib kepada orang tersebut untuk membantu orang itu yang berada dalam kesusahan.

Apabila kita membuat sesuatu perlulah dilakukan dengan ikhlas. Katakan dia ikhlas mahu memberi kegembiraan kepada orang yang memerlukan bantuan, maka dia berniat kerana Allah. Ada juga orang yang memberi bantuan kerana ingin mendapat nikmat daripada Allah.

Apabila seseorang itu dikurniakan kekayaan dan pangkat lalu dia bersedekah kembali kepada mereka yang memerlukan maka ganjaran besar akan diterima di akhirat nanti. Jika dia bersedekah kerana mahu menggembirakan seseorang, niat itupun diterima dapat pahala.

Dalam melakukan pelbagai perkara, niat itu penting berikutan segala apa dilakukan hendaklah ikhlas kerana Allah. Kita boleh dapat pahala dengan sebab menggembirakan orang itu dengan cara yang betul dan mengikut landasan Islam.

Niat untuk membantu dengan bersedekah terhadap kebajikan seseorang itu akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat kerana niatnya untuk memperoleh pahala.

Walau bagaimanapun ada beberapa kebaikan yang kita lakukan tetapi menjadi sia-sia tiada balasan pahala dari Allah, antaranya:

1. Hati2 dengan plastik bocor. Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi membazir air (plastik bocor)

2. Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji n umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang.. So (plastik bocor)

3. Kamu beri byk sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor)

4. Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor)

5. Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu (plastik bocor)

6. Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor)

7. Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)

8. Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)

9. Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor)

10. Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Muhasabah diri bersama

1 thought on “Inilah “Pahala Bocor” Yang Berlaku Dalam Kehidupan Kita”

Leave a Comment

nine − 7 =