Suami Bergurau Lafaz Cerai Talak 3 Tetapi Mahkamah Putuskan Jatuh Talak Walau Tanpa Niat

Bergurau dalam kehidupan seharian kita pasti ada batasnya, sama ada dengan rakan sekerja, kawan sekolah apatah lagi dengan suami dan isteri. Berhati-hati dengan gurauan tentang cerai hubungan suami isteri, janganlah keterlaluan sehingga runtuhnya masjid yang telah dibina itu selama ini.

Hanya kerana tersilap bergurau, akhirnya si isteri yang menjadi mangsa penceraian, diceraikan dan menanggung seksa akibat gurauan si suami yang menganggap perkara tersebut hanyalah sekadar mainan yang tidak membawa sebarang maksud yang serius. Akhirnya membawa padah pada diri sendiri dan juga isteri.

Setiap pasangan suami isteri yang beragama Islam pasti sentiasa diingatkan tentang penceraian yang mana jangan sekali-kali bercerai selepas berkahwin dan juga talak serta cerai bukanlah satu bahan gurauan. Hal ini juga sering ditegaskan dalam semua kursus kahwin dan perkara sebegini bukannya satu mainan.

Suami menyesal selepas lafaz cerai tanpa niat. Gambar hiasan.

Berikutnya satu persoalan jenis talak penceraian dan juga jawapan mengikut hukum yang dikongsikan dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan dengan perkara tersebut yang sering dijadikan bahan gurauan pasangan suami isteri pada masa kini.

Semoga dapat dijadikan pengajaran dan peringatan kepada semua pasangan yang telah berkahwin. Semoga bermanfaat.

Bergurau Lafaz Cerai

SOALAN :

“Assalamualaikum wbt,

Saya memohon pencerahan daripada ustaz. Saya ada bercerita dengan isteri berkenaan sepasang suami isteri yang bernikah selepas berpisah daripada pasangan masing-masing.

Saya ada sebut macam ini, “Mungkin macam ni kot lelaki itu kata, kau bercerai dengan suami kau, aku bercerai dengan isteri aku. Lepas itu kita kahwin.”

Soalan saya, adakah jatuh talak terhadap isteri saya selepas saya lafazkan ayat tadi? Oleh kerana saya runsing tentang hal ini, saya terus lafaz “Abang rujuk mama semula”. Adakah ini boleh menyambung semula ikatan seandainya jatuh talak?”

JAWAPAN:

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari kesudahan.

Pada asalnya, lafaz talak yang jelas itu menjatuhkan talak, sekalipun tanpa niat. Ini termasuklah menyebut perkataan cerai. Manakala, lafaz talak yang kinayah (tidak jelas, kiasan), tidak menjatuhkan talak melainkan jika disertakan niat ketika ucapan itu disebut.

Ini berdasarkan sebuah hadis hukum yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk.

Riwayat Abu Daud (2194). Syeikh Syuaib berkata hadis ini hasan li ghairih.

Namun begitu ulama menjelaskan terdapat enam keadaan suami yang melafazkan talak secara sarih tidak menjatuhkan talaq:

  1. Orang yang tidur.
  2. Orang yang gila.
  3. Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap).
  4. Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki.
  5. isteri yang bernama “Taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan.
  6. Penggunaan lafaz yang tidak difahami.
  7. Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur.

Pada menghuraikan keadaan yang ketiga, kami memetik kenyataan daripada kitab al-Muʿtamad fi al-Fqh al-Syafie (4/164) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili:

“Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talaq, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain,

atau seorang ahli fiqh yang berulang-kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga, kerana tiada niat.”

Justeru tidak jatuh talak bagi keadaan seperti yang diceritakan oleh penanya diatas dan tidak perlu dirujuk. Wallahua’lam.

BACA JUGA: 8 Panduan Mengelak dari Mengahwini Orang yang Salah

Leave a Comment

2 + 7 =