Kisah Sedih Anak Derhaka Yang Herdik & Maki Ibunya Memaksa Si Ibu Bertemu Pengamal Perubatan Islam

Kisah Anak Derhaka. Ibu mana yang tidak sedih dan kecewa jika diherdik anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh, yang dikandung selama 9 bulan dan dijaga, dibelai dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa. Akhirnya, si anak tanpa rasa berdosa sanggup mengherdik ibunya sendiri yang akhir si ibu berkecil hati tetapi tetap sayang anaknya sampai bila-bila.

Kisah sedih anak derhaka ini dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan Islam, Zaihan Johari melalui laman Facebook miliknya. Beliau didatangi seorang wanita dan juga seorang ibu yang mengadu kepadanya tentang apa yang telah berlaku terhadap dirinya dan anaknya. Jom ikuti perkongsian yang amat menyedihkan ini.

Kisah Anak Derhaka & Hati Ibu Terluka

Ibu mana yang tidak kecewa jika si anak bersikap kasar dengannya.

Saya telah didatangi seorang ibu yang berusia 60-an. Kedatangannya dengan penuh harapan untuk mencari cara melembutkan hati anaknya yang bersikap suka mengherdik dan melukakan hatinya.

anak derhaka

“Ustaz, tolonglah saya, saya sayang sangat dengan anak saya. Kenapa sikapnya begitu ustaz? Selalu saya diherdik, dimaki dan bersikap kasar kepada saya.

“Anak yang saya jaga dengan penuh kasih sayang tiba-tiba buat saya begini. Suaminya pula tiada sikap tanggungjawab.

“Anak saya bekerja sebagai (tidak dapat dinyatakan untuk tutup aib keluarga, jawatan dalam sistem perundangan yang tertinggi).

“Ikutkan hati saya ustaz, memang saya terluka namun saya tidak mahu dia jadi anak derhaka.

“Dia lebih suka saya mati ustaz. Bantulah saya untuk pulihkan anak saya ini ustaz.”

Begitulah antara luahan hati ibu ini yang penuh pengharapan diiringi dengan linangan air mata. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya? Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar si anak diberikan hidayah dan bertaubat atas ‘kebiadapannya’ pada ibu yang pernah melahirkannya.

BACA JUGA:  6 Keberkatan Doa Ibu Yang Kita Perlu Tahu

Rintihan dan linangan air mata ibu ini membuatkan saya sangat tersentuh. Allah amanahkan saya untuk membantu dalam permasalahan ini. Hati seorang ibu sewajibnya kita jaga, bukannya tempat untuk dilemparkan kata-kata herdikan, cacian dan juga makian. Si ibu ini tidak henti-henti meluahkan perasaannya pada saya agar dapat saya bantu sehingga terpaksa dipapah oleh anak angkatnya untuk pulang.

Mungkin si ibu ini terlalu sedih dan sebak dengan apa yang telah dipendamkannya akhirnya terluah juga di hadapan saya. Air mata saya hampir mengalir kerana saya juga punyai ibu yang saya jaga, namun sebagai perawat saya perlu bertenang.

Kepada mereka yang bergelar anak di luar sana, jagalah hati ibu sebaik-baiknya. Jika mereka melakukan sesuatu yang kurang anda senangi, bersabarlah berhadapan dengan karenahnya kerana itu sudah menjadi lumrah apabila seseorang telah berusia.

Biar anda menangis melayan karenah ibu tapi jangan sampai ibu anda menangis terasa hati dengan tindakan kalian. Itu SYURGA kita. Mungkin atas kebiadapan kalian pada ibu, rezeki dan rumah tangga kalian tidak pernah menjadi bauk dan bahagia. Semoga jadi ikhtibar kepada semua.

Balasan Anak Derhaka Sangat Berat

“Menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.” Diriwayatkan daripada Anas bin Malik.

Balas segala kesusahan dan kepayahan ibu bapa menjaga serta memelihara kita dengan sesuatu yang menggembirakan mereka. Perhatian dan kasih sayang anak lebih penting kepada ibu bapa berbanding wang ringgit.

BACA JUGA: Balasan & Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa

Hari ini anak-anak seperti tidak takut apabila mereka menderhaka terhadap ibu atau bapa antaranya;

  • Apabila bercakap dengan ibu bapa kerap meninggikan suara.
  • Mencaci, mengherdik atau menengking apabila ibu bapa membuat kesilapan atau melakukan perkara yang tidak disukai dan tidak sesuai dengan kehendaknya.
  • Sanggup melanggar perintah atau membantah nasihat ibu bapa.
  • Mengabaikan atau membiarkan tanggung jawab anak terhadap kedua-dua ibu atau bapa.

Ingatlah bahawa orang yang derhaka kepada ibu bapa, akan mendapat balasan buruk yang disediakan oleh Allah SWT.

Redha Allah Dari Redha Ibu Bapa

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

Dari Abdullah bin Amr radliallahu ‘anhuma dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Redha Allah terdapat pada redha seorang bapa, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya seorang bapa.” (HR Tirmizi no:1821) Status: Hasan

Pengajaran:

1. Adab seorang anak ialah berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya

2. Imam Al Ghazali antara adab anak kepada orang tuanya; mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya (selagi tidak bertentangan syara), tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara, serta berusaha untuk mendapatkan keredhaannya.

3. Keredhaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredhaan kedua orang tua

رِضَا الرَّبِّ فِى رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسُخْطُهُ فِى سُخْطِهِمَا

Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua (HR Tabrani dari Ibnu Umar).

Berusahalah menjadi anak yang solleh terhadap kedua ibu bapanya.

Leave a Comment

3 × 1 =