Rezeki Jumpa Orang Baik, Telefon Tercicir Di Surau Boleh Dapat Semula

Kalau barang hilang jatuh ke tangan orang baik memang ada potensi dapat semula. Namun, kebiasaanya apabila barang berharga tercicir, peluang untuk mendapatkannya semula adalah sangat tipis dan mustahil.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang pemuda ini hingga dia dipuji netizen kerana gigih mencari pemilik telefon yang ditemuinya di surau sebuah pasar raya.

Menurut pemilik akaun TikTok Abam Adi, dia sanggup menunggu di lokasi itu dengan harapan agar pemiliknya berpatah balik untuk mencari telefon tersebut.

Video yang dikongsi Adi meraih hampir 80,000 tontonan.

Rezeki Jumpa Orang Baik

“Keluar dari surau je, ternampak handphone seseorang tertinggal atas kerusi. Mungkin owner tercicir kot. Jadi kami tunggu sekejap, kot ada panggilan masuk.

“Boleh terus maklum handphone ini tercicir. Lama juga kami menunggu. Jadi saya ambil keputusan cuba tekan handphone tu. Rupanya ia tidak berkunci.

“Saya pun terus masuk ke log panggilan dan terlihat ada nama umi. Mungkin ibu owner ni. Saya pun terus hubungi,” cerita Adi.

Dia tak perasan handphone tercicir di kerusi luar surau… nak pergi solat, dunia tinggal belaka.

Menurut jurulatih memanah itu, telahannya tepat apabila ibu kepada pemilik peranti tersebut menjawab panggilan yang dibuatnya.

Selepas menceritakan situasi yang berlaku, Adi diberitahu bahawa anak lelaki kepada wanita itu bekerja di dalam pasar raya berkenaan.

“Ibunya maklumkan yang anaknya kerja di Coway dalam Mydin tu. Ibunya pun ucap terima kasih banyak-banyak. Kami pun terus pusing-pusing cari owner handphone ni sambil bercakap dengan ibunya di panggilan.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jumpa owner. Dia tak perasan handphone tercicir di kerusi luar surau. Yela kan, nak pergi solat, dunia tinggal belaka, sampai handphone sekali,” ujarnya lagi.

Menerusi video di TikT0k, Adi dilihat menghampiri seorang pemuda sebelum dia menyerahkan telefon yang ditemuinya, malah mereka juga turut berborak dan bersalaman.

“Saya tunjuk kepada owner yang saya terpaksa hubungi mak dia untuk cari petunjuk. Kita bantu dan permudahkan urusan orang. Insya-Allah Tuhan akan permudahkan urusan kita,” katanya lagi.

Video berkenaan meraih hampir 80,000 tontonan di TikT0k dan turut dihujani dengan komen positif netizen yang rata-rata menyatakan memang sukar nak jumpa orang baik bila melibatkan kehilangan barang.

“Terima kasih menjadi insan yang baik. Semoga menjadi contoh buat anak kita di masa hadapan.

“Alhamdulillah jumpa orang baik bukan selalu boleh jumpa. Ibu mentua saya tercicir handphone. Dua kali call dah tutup handphone. Sampai hati orang tu, dalam tu banyak memorinya dengan arwah bapa mentua.

“Ada lagi orang baik dalam dunia ni. Moga Allah permudahkan jalan untuk ke syurga,” tulis beberapa netizen.

Leave a Comment

6 + eleven =