Benarkah Perokok Golongan Fasik?

Entri kali ini akan membantu memberitahu bahawa perokok seperti anda sah jadi wali dan saksi atau sebaliknya. Menurut Syeikh Uthaimin, fasik adalah orang yang keluar daripada ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Golongan fasik yang tidak boleh menjadi wali dan saksi untuk pernikahan adalah adalah orang yang melakukan dosa-dosa yang disepakati oleh ulama.

Contohnya, mencuri, berzina, meninggalkan solat dan sebagainya. Firman Allah, “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (al- Maidah: 47)
golongan fasik, lelaki fasik, lelaki perokok fasik, merokok fasik, lelaki fasik
Adapun merokok merupakan perkara yang tidak disepakati dan terdapat perselisihan dalam kalangan ulama.

Ada yang mengatakan haram seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi dan ada yang mengatakan harus seperti Syeikh Abd Ghani an-Nablusi.

Semua fatwa ini adalah mengikut keadaaan perokok dan perincian yang lebih mendalam.

Oleh itu, pernikahan yang melibatkan wali dan saksi yang merupakan perokok adalah sah.

Sumber: Majalah-i.karangkraf.com

BACA JUGA:  5 Syarat Agar Amalan Dikerjakan Menjadi Ibadat

1 thought on “Benarkah Perokok Golongan Fasik?”

Leave a Comment

4 × one =