Nak Urus Pusaka Kena Setel Harta Sepencarian Dulu Bukan Terus FARAID!

Selepas berlakunya kematian pasangan, kena urus pusaka ini sebaik mungkin bagi memastikan tiada pihak yang terainaya. Perlu patuhi dan utamakan hirarki yang betul dalam menguruskan harta yang ditinggalkan. Bukan apa, bab harta ni menantu mentua boleh bermasam muka, adik beradik ipar duai tak bertegur sapa.

Menurut perkongsian Peguam Syarie Syazmee Sapian dalam urusan harta pusaka perlu selesaikan dahulu harta sepencarian sebelum bab faraid bagi menjamin keadilan.

Berikut perkongsian beliau sebagai rujukan;
Kebelakangan ini menguruskan beberapa kes berkaitan urus pusaka diantara Menantu Vs Mertua.

KESEMUANYA SAMA, MERTUA NAK TERUS FARAID TETAPI MENANTU MAHUKAN HARTA SEPENCARIAN TERLEBIH DAHULU.

Apa yang dapat dilihat ada 2 kategori:

Dia tiada pengetahuan tentang harta sepencarian tapi dia nak tahu dan bertanya pada yang tahu.

Dia tiada pengetahuan. Tapi bila dah diberitahu, dia cuba untuk menafikannya.

urus pusaka

Hirarki Urus Pusaka

Untuk urusan pusaka ada hirarki yang kita perlu patuhi supaya kita tidak berlaku zalim dan termakan hak orang lain.

  1. Urusan jenazah simati
  2. Harta sepencarian simati dan pasangan
  3. Hutang simati
  4. Laksanakan wasiat hibah simati sekiranya ada
  5. Faraid

Ini 5 step yang perlu dituruti atau diperhalusi terlebih dahulu apabila menguruskan pusaka simati.Kita tak boleh mudah-mudah lompat step tanpa selesaikan mana-mana step yang boleh dilunaskan.

Harta Sepencarian

Berkaitan harta sepencarian dalam urus pusaka.Saya percaya dikalangan yang muda sudah ramai yang tahu. Tapi agak kurang pada yang berusia yang sentiasa menggunakan pesanan orang dulu-dulu tanpa dokumen yang sah dalam urus pusaka.

HARTA SEPENCARIAN INI ADALAH APA-APA HARTA YANG DIPEROLEH DALAM TEMPOH PERKAHWINAN DAN JUGA APA-APA HARTA YANG DIPEROLEH OLEH SALAH SATU PIHAK SEBELUM DARIPADA PERKAHWINAN TETAPI DIMAJUKAN OLEH PIHAK SATU LAGI DALAM TEMPOH PERKAHWINAN.

Kenapa perlu selesaikan dahulu harta sepencarian ini ketika urus pusaka?

Sebab tak semua harta simati yang sudah berkahwin itu total haknya milik simati. Pasti ada harta-harta tertentu atau boleh jadi semua harta peninggalan simati itu ada hak pasangannya.

Bila sudah berkahwin, pasanganlah yang lebih mengetahui segala butir penting harta-harta dalam perkahwinan.

  • Ada harta yang nama bersama.
  • Ada harta satu nama tapi join loan.
  • Ada harta simati bayar bulan-bulan tapi duit deposit, duit renovasi rumah dan lain-lain adalah duit dari pasangannya.
  • Ada juga pasangan yang nama rumah nama bersama. Tapi pasangan dia yang bayar semua.

JADI TIDAK ADIL KEPADA PASANGAN SIMATI ANDAI KATA BERLAKU SAHAJA KEMATIAN, TERUS SAHAJA NAK FARAID.

Kita wajib untuk keluarkan dahulu bahagian pasangan simati. Berikan dahulu hak mereka.Selepas ditolak harta sepencarian, barulah boleh diteruskan urus pusaka kepada step seterusnya kerana baki harta tersebut bersih daripada bahagian pasangan simati.

Ambillah sekadar hak yang telah ditetapkan hukum dan undang-undang. Hidup akan berkat.

Syazmee Sapian
Ei ei ei
Neh neh neh
Keluarlah mencari rezeki
Keluarlah dengan muka yang maneh

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Comment

two × 4 =