10 Cara Mengatasi Sifat Marah & Panas Baran

Cara Mengatasi Sifat Marah & Panas Baran

Adakah anda rasa diri anda berada dalam sifat marah apabila mendapat seseorang memotong anda dalam trafic jam? Adakah tekanan darah meningkat dengan kerenah anak anda yang tidak mendengar kata?

Yang pasti orang yang panas baran mesti sering kali cepat berada dalam keadaan marah. Siapa sahaja boleh ‘naik angin’, tidak kira suami, isteri, malahan kanak-kanak sekalipun. Tanpa ilmu mengawal diri, sukar untuk menangani dan mengatasi sifat panas baran ini. Apatah lagi untuk menghilangkannya sam sekali. Sudah pasti mengambil masa yang agak lama untuk melatih diri sendiri.

Kemarahan adalah emosi normal bagi setiap individu. Yang penting bagaimana cara untuk menanganinya dengan cara yang positif. Kemarahan yang tidak terkawal boleh menganggu kesihatan dan hubungan anda. Jadi persoalannya bagaimana untuk mengawal kemarahan? Asalkan dapat kurangkan sedikit sifat panas baran, itu juga sudah cukup baik.

Mahu cuba kurangkan dan hilangkan panas baran? Ramai tahu, bukan mudah menanganinya. Mari kita cuba 10 cara mengatasi panas baran ini. Siap dengan doa!

1. Berikan masa  untuk diri sendiri

‘Delay’kan kemarahan, kira nombor pada jam tangan. Mengira dari nombor 1 hingga 10. Jangan ingat hanya untuk kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, mengira 1-10 adalah untuk mencari ketenangan sebelum memberi rekasi pada sitiuasi yang menaikkan kemarahan anda. Tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat dalam kiraan 10. Jika perlu, ambil masa untuk berehat dari bertemu dengan orang dan situasi sehingga kekecewaan anda reda.

2. Setelah tenang, lepaskan kemarahan

Tumbuk dan tendang ‘punching bag’ puas-puas. Sebaik sahaja emosi sudah stabil dan boleh berfikir dengan waras, nyatakan kekecewaan atau kemarahan anda dengan tegas tetapi bukan konfrontasi. Ini lebih baik dengan menyatakan kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan secara langsung, tanpa menyakitkan orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.

3. Lakukan senaman

Aktifkan diri dengan aktiviti luar. Senaman boleh menghilangkan tekanan emosi. Melalui aktiviti fizikal ini secara tak langsung memberi jalan keluar untuk emosi kita, tertuama bila kira-kira dah nak meletup. Jika anda rasa kemarahan anda semakin menaik, elok untuk anda berjalan pantas atau berlari, atau meluangkan masa melakukan aktiviti fizikal kegemaran anda yang lain. Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia dalam otak yang boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang daripada anda sebelum anda bekerja keluar.

4. Berfikir sebelum bercakap

Ambil masa untuk ‘respond’, bukan terburu-buru.Sebelum memulakan bicara, lebih baik berfikir dahulu. Dalam kemarahan seseorang boleh mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Jadi lebih baik berfikir sejenak kerana mungkin anda akan menyesal selepas mengeluarkan kata kata dalam keadaan marah. Ajak sekali mereka yang bersama anda dalam kemarahan untuk melakukan perkara yang sama.

5. Kenal pasti jalan penyelesaian

Keliru di persimpangan dilema? Daripada melayan segala benda yang boleh membuatkan anda bertambah marah,  lebih baik anda ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan apa-apa, dan hanya mungkin menjadi bertambah buruk. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian supaya marah anda surut.

6. Kekalkan menggunakan perkataan “Saya”

Akui kesilapan diri sendiri. Bagi mengelakkan anda terus mengkritik dan meletakkan kesalahan pada orang lain, gunakan perkataan “saya” untuk menerangkan masalah tersebut dengan terang. Sebagai contoh “Saya kesal awak meninggalkan meja tanpa menawarkan diri untuk membasuh pinggang mangkuk” selain berkata “Awak tidak pernah melalukan kerja rumah”

7. Imbas saat-saat manis

Jika suami mahu marah isteri, ingat anak-anak. Apabila sedang marah, bagaimana mahu mengingati perkara-perkara yang manis? Bertenang. Sebab itu ia perlukan latihan. Sesiapa yang dapat mengawal diri dengan mengimbas kembali perkara-perkara menarik dalam hidup, pasti akan melupakan hasrat untuk marah-marah. Buang tenaga sahaja bukan?

8. Jangan berdendam

Tidak perlu tuduh menuduh. Memaafkan orang lain adalah cara paling berkuasa. Jika anda membenarkan marah dan perasaan negatif menguasai perasaan positif, anda akan tenggelam dengan kepahitan anda sendiri. Tetapi jika anda memaafkan seseorang yang menimbulkan kemarahan anda, anda mungkin belajar kedua-dua keadaan. Ia tidak realistik untuk mengharapkan semua orang untuk berkelakuan seperti yang anda mahu pada setiap masa.

9. Jumpa doktor, pakar kaunseling & pakar psikologi

Makan ubat jika diberi oleh doktor. Kebiasaannya, untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengawal kemarahan boleh berjumpa dengan pakar kaunseling. Disitu anda boleh belajar beberapa perkara mengenai kemarahan dan akan di ajar cara untuk mengawal kemarahan. Dengan pertolongan pakar kaunseling seperti :
  • Belajar mengenali marah
  • Mengenal pasti punca anda marah
  • Mengenal pasti tanda -tanda anda menjadi marah
  • Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat
  • Belajar lebih luas mengenai perasaan asas, seperti kesedihan atau kemurungan
  • Perjumpaan dengan pakar kaunseling boleh dilakukan secara individual ataupun berkumpulan bersama pasangan atau keluarga yang lain.

10. Berdoa ketika marah

Mohon bantuan Allah agar diberi kekuatan untuk ubah diri sendiri. Doa ialah senjata yang paling kuat. Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

Doa pertama:

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيّهَا وَمَوْلاَهَا
Maksudnya: Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.
Doa kedua (sebelum dan selepas tidur):
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَىْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِى وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Gahib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tida Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya.

Doa yang kedua ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a. Semoga kita semua dapat manangani dan mengatasi sifat marah ini.

BACA JUGA: Doa Memohon Agar Diri Dilindungi Dari Sahabat Yang Jahat

Leave a Comment

thirteen − 5 =