Zaini, Kota Bharu.

UKE: Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan.

Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin daripada perempuan itu terlebih dahulu.

Menurut mazhab Syafie, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin.dipaksa kahwin, perkahwinan di paksa, perkahwinan tanpa rela, keluarga paksa kahwin, bapa paksa kahwin

Ada banyak perbahasan ulama dalam bab wali memaksa anak gadisnya berkahwin dengan pilihannya sebagai wali. Cuma saya memberi pandangan tentang soalan anda berkenaan anak gadis yang dipaksa oleh ayahnya iaitu wali mujbir.

Bagi mazhab Syafie, seorang wali boleh memaksa anaknya berkahwin tetapi dengan beberapa syarat. Imam Malik, Imam Syafie dan Ibnu Abi Laila berpendapat boleh memaksa selagi pemaksaan itu tidak menimbulkan bahaya yang jelas kepada anak perempuan tersebut.

Al Syarbini dalam kitabnya, Mughni al Muhtaj meletakkan syarat jika seorang bapa ingin memaksa anaknya berkahwin:

  • Tidak ada permusuhan antara bapa dan anak.
  • Hendaklah dinikahkan dengan orang yang setara (sekufu).
  • Maharnya tidak kurang dari mahar mitsil (sebanding).
  • Tidak dinikahkan dengan orang yang tidak mampu membayar mahar.
  • Tidak dinikahkan dengan laki-laki yang mengecewakan (membahayakan) si anak kelak dalam pergaulannya dengan laki-laki itu. Misalnya, orang itu buta atau orang yang sudah sangat tua sehingga tidak ada harapan akan mendapatkan kebahagiaan dalam pergaulannya.
  • Tidak dalam keadaan menunaikan ibadah ihram/ haji.

Perbezaan pendapat mazhab tentang meminta izin daripada anak dibahas oleh ulama dan Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan ulama-ulama dalam mazhab Syafie seperti Imam Nawawi, menyatakan maksud ‘meminta izin anak dara’ adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan maksud hadis yang diriwayatkan oleh Darul Qutni’.

Maka sebaik-baiknya si bapa atau jika tiada bapa maka datuknya yang dipanggil keduanya sebagai wali mujbir sunat meminta keizinan daripada anak gadis mereka supaya mengelakkan sesuatu yang tidak baik dalam hubungan kekeluargaan selepas itu.

Namun sebagai seorang anak harus diingat ketaatan kepada ibu bapa adalah sangat dititik beratkan maka jika pilihan bapa adalah yang terbaik maka tidak perlu dibantah.

Sepatutnya bapa dan anak mengambil titik pertemuan manakah keputusan yang terbaik. Dalam bab janda dan anak yang masih kecil, saya tidak memberi komentar dalam ruangan yang kecil ini.

BACA JUGA: Nasihat Rasulullah Buat Suami Agar Tidak Kasar Kepada Wanita