Ciri-Ciri Yang Diperlukan Dalam Memilih Sahabat Menurut Islam

0
239

Manusia memang ditakdirkan tidak boleh hidup bersendirian, oleh itu, setiap manusia di dalam dunia ini sangat memerlukan kehadiran sahabat yang boleh menjadi tempat berkongsi suka dan duka.

Sahabat bagi seorang Muslim juga sangat penting kerana Rasulullah SAW sendiri mempunyai sahabat yang sangat setia kepadanya sepanjang hayat.  Rasulullah mempunyai ramai sahabat, namun sahabat yang paling dikenali, sering diceritakan dan setia kepada Rasulullah adalah Abu Bakar as Siddiq, Umar bin Khotob, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Tholib.

Memilih Sahabat Menurut Cara Islam

Dalam memilih sahabat pula, Islam juga sangat mementingkan serta mengatur umatnya kerana menurut Rasulullah SAW peribadi seseorang itu dipantulkan dari siapa sahabatnya. Sabda Rasulullah SAW:

memilih sahabat

Seseorang itu bergantung kepada agama sahabatnya.  Oleh kerana itu, salah satu di antara kalian hendaknya memperihatikan siapa yang dia jadikan sahabat. (HR. Abu Dawud: 4833 dan at- Tirmidzi: 2387)

Berdasarkan hadis itu, adalah sangat wajar untuk seorang Muslim memilih sahabat yang baik. Oleh itu, berikut merupakan ciri-ciri yang diperlukan dalam memilih sahabat mengikut Al-Quran dan Hadis.

  1. Menjaga Pertuturan

Rasulullah SAW bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imanya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya.” (HR. Abu Dawud: 4682 dan at-Tirmidzi: 1163)

Seorang Muslim diperintahkan untuk menjaga perbuatan dan perkataan mereka. Berbicara perkara yang baik, dan tidak membicarakan aib orang lain atau bergosip (ghibah). Orang yang ghibah diibaratkan sebagai orang yang sanggup memakan daging (bangkai) saudara mereka sendiri.

Jika kita memilih sahabat yang tidak menjaga pertuturan sikit sebanyak ianya akan membuatkan orang lain memberikan pandangan yang negatif terhadap kita juga.

  1. Rajin Beribadah dan Tidak Melakukan Maksiat

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sabarkan dirimu bersama orang-orang yang berdoa kepada Allah, pada waktu pagi dan petang, (yang mereka itu) menginginkan wajah-Nya” (QS. Al-Kahfi: 28)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah telah menjelaskan maksud ayat itu, “Duduk dengan orang-orang yang meningati Allah, senang berzikir dan memohon pada-Nya di waktu pagi dan petang di antara hamba-hamba Allah, baik mereka itu orang miskin atau orang kaya, baik mereka itu orang kuat maupun orang yang lemah.”

Memilih sahabat yang rajin beribadah dan tidak melakukan maksiat sangat penting di zaman anak-anak muda sekarang. Kerana corak pemikiran kita semasa masih muda yang mudah terpengaruh dengan perbuatan orang lain boleh merosakkan akidah dan akhlak kita.

  1. Menyayangi Sahabatnya

Sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian sampai dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. al-Bukhari: 13, Muslim:40)

BACA JUGA: “Tidak Akan Masuk Syurga Jika Menyakiti Hati Jiran Tetangga.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here