Apabila Matahari Telah Terbit Dari Sebelah Barat!!

Hari Kiamat itu pasti. Hari Kiamat itu dekat. Dan semakin dekat. Meyakini kepastian terjadinya hari yang besar itu adalah salah satu tanda benarnya iman seorang manusia. Sebaliknya, orang-orang kafir dan munafiq mengingkarinya sebab menyangka bahwa kehidupan dunia adalah selamanya.

Kiamat tidak datang dengan tiba-tiba. Ada banyak tanda yang terjadi sebelum kejadian amat besar itu. Baik yang terjadi di zaman Nabi seperti terbelahnya bulan, maupun yang terjadi di akhir zaman-besar atau kecil. Mulai saat matahati terbit dari barat tersebut banyak orang-orang kafir yang beriman kepada Allah SWT. Orang -orang yang keras hatinya juga banyak yang bertaubat dan memperbanyak amal kebajikan, tapi semua itu sudah terlambat dan tidak berguna sama sekali bagi dirinya kerana pintu taubat yang telah beribu-ribu tahun di buka, pada waktu itu sudah tertutup dan tidak akan di buka lagi.

Begitu juga Iblis Laknatullah, mulai hari itu menangis dan bersujud kepada Allah SWT. sambil menyesali perbuatannya dan berjanji akan melaksanakan perintah – perintah Allah, ia tidak bangun dari sujudnya sampai datangnya hari kiamat , Waqila sampai masa keluarnya dabbah yang bernama Sahab, Namun taubat Iblis tidak di terima Allah SWT. Kerana Allah maha adil telah mendatangkan janjinya yang telah lalu.

Cuba kita bayangkan Pada suatu hari 6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 am, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan.

Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tengok jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast.
Keluar pintu ofis, suasana masih lagi gelap, hitam pekat macam malam….mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

Tapi kalau jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?
Keesokan haripun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari.

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!!!

Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yang tidak menutup aurat, segera bertudung labuh.

Tetapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi.. Mari sahabat-sahabat, kita mencari redha Allah dalam hidup kita.

Segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya.

Fokuslah kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Sesungguhnya Allah masih memanjangkan umur kita sehingga saat ini adalah supaya kita sempat
BERTAUBAT.

Leave a Comment

5 × four =