Kali ini kami ingin berkongsi petua untuk mendapat ikan ketika memancing yang dipetik dari rakan blogger, mSelim3.
Memancing itu memerlukan kesabaran. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan oleh mereka-mereka yang memang gemarkan aktiviti memancing untuk mengisi masa lapang atau yang terluang.
Kepada kaki pancing samada pro atau pun yang baru hendak berjinak-jinak dengan memancing ikan samada di tasik, kolam, ataupun lautan bolehlah amalkan doa ini semoga ada manfaatnya.
Semoga mendapat hasil tangkapan ikan yang banyak. Insyaa-Allah…
Tetapi jangan lupa pada cara memancing, teknik dan petua yang betul masa memancing. Ok!
Maksudnya, “Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Jathiya ayat 12)
Bacakan di mata kail yang telah berumpan dengan ayat ini. Insyaa-Allah ada ikan yang mengena walaupun seekor.
Pesanan: Doa memanggil ikan untuk kaki pancing ini adalah sebagai usaha kita memohon pertolongan kepada Allah. Ingatlah Allah ketika waktu senang maupun susah. Sesungguhnya senjata orang mukmin itu adalah doa.