Bukti Bangun Pagi Membuka Pintu Rezeki

Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Islam menggalakkan umatnya tidak sambung tidur selepas solat subuh. Hal ini sebenarnya bagi memastikan otak kita dapat bekerja dengan cerdas. Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Kelebihan Bangun Pagikelebihan bangun pagi, manfaat bangun awal pagi, keperluan bangun pagi, bangun pagi membuka pintu rezeki, cara membuka pintu rezeki, pintu rezeki

1. FIKIRAN MENJADI LEBIH SEGAR.

Bangun seawal 6 pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan stress dalam diri kita. Fikiran yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut menjadi lebih efesyen dan efektif. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

2. DAPAT MENGAMBIL SARAPAN.

Bangun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian.

Kajian menunjukan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukkan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolism yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

BACA JUGA: 6 Bahaya Tidur Selepas Subuh Bagi Umat Islam

3. DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN PAGI.

Senaman pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada kita. Senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana ia akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan.

Kita juga akan dapat menikmati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikkan tulang dalam badan kita.

4. TIDAK TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.

Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik.

Kita akan tertinggal banyak barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi bangun lewat pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita dengan sempurna dan terancang.

Oleh yang demikian, sebagai seorang Islam kita perlu mengamalkan bangun pagi agar manfaat-manfaat ini dapat diperolehi. Kerja juga dapat dijalankan dengan lebih baik dan teratur kerana emosi stabil dan fizikal sihat.

Masalah stress juga dapat dielakkan. Kita boleh berfikir dengan lebih tenang sebelum membuat sebarang tindakan yang tidak masuk akal. Kerja-kerja yang dilakukan akan menjadi lebih teratur dan tidak tergesa-gesa.

BACA JUGA: Inilah Kelebihan Qailulah Tidur Sebentar Pada Siang Hari

Leave a Comment

five × 2 =