Home All Keluarga Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki

Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki

1453
2
Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki

Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki | MENYAMBUNG tali persaudaraan sesama Muslim menjadi satu kewajipan buat setiap umat Islam.

Apabila tali kasih sayang bertaut, maka hubungan kekeluargaan, persaudaraan serta persahabatan dapat dibina dengan baik.

Menyedari kepentingan serta besarnya manfaat silaturahim, maka dalam Islam seorang Muslim tidak dapat dikira sempurna imannya apabila dia tidak menghubungkan tali kasih sayang.

Walaupun mengetahui kewajipan menyambung tali silaturahim antara sesama Muslim, namun pada hakikatnya masih ada ramai umat Islam enggan berbuat demikian dan bertindak memutuskan silaturahim.

Memutuskan Silaturahim

Mereka tidak mahu menyambung tali persaudaraan, bahkan ada yang sengaja memutuskan tali persaudaraan atau memutuskan silaturahim kerana berlaku hal seperti perbezaan pendapat, ‘menganut’ fahaman politik kepartian, perebutan harta atau pun lain-lain perkara berkaitan hal keduniaan.

Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim

Pertama : Tidak Masuk Syurga.

Selain menjelaskan keutamaan silaturahim, demikian juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengancam orang yang memutuskan kerabat dengan sabda beliau :

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan (silaturahim /persaudaraan). [HR. al-Bukhâri dan Muslim, dari Jubair bin Muth’im]

Hadis ini menunjukkan bahawa memutuskan silaturahim (kekerabatan) merupakan dosa besar, dan menghalangi masuk syurga.

Maksud ‘Tidak akan masuk syurga’ dalam hadis di atas, ada dua kemungkinan:

1. Tertuju kepada orang yang menganggap halal memutuskan persaudaraan tanpa sebab, padahal dia mengetahui keharamannya, maka orang ini kafir, dia kekal di dalam neraka, dan tidak akan masuk syurga selamanya.
2. Maksudnya: tidak masuk syurga semenjak awal bersama orang-orang yang dahulu, tetapi dia dihukum dengan diundurkan dari masuk syurga dengan ukuran yang dikehendaki oleh Allâh Azza wa Jalla . [Lihat Syarh Imam Nawawi, 16/113-114]

Demikian juga di antara bahaya memutuskan silaturrahim adalah Allâh Azza wa Jalla memutuskan kebaikan kepada pelakunya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الرَّحِمَ شِجْنَةٌ مِنَ الرَّحْمَنِ ، فَقَالَ اللَّهُ مَنْ وَصَلَكِ وَصَلْتُهُ ، وَمَنْ قَطَعَكِ قَطَعْتُهُ

Maksudnya, “Sesungguhnya (kata) rahmi diambil dari (nama Allâh) ar-Rahman. Allâh berkata, “Barangsiapa menyambungmu (rahmi/kerabat), Aku akan menyambungnya; dan barangsiapa memutuskanmu, Aku akan memutuskannya”. [HR. al-Bukhâri dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu]

BACA JUGA: Inilah Enam Bentuk Syafa’at Dari Rasulullah S.A.W

Kerana ada ancaman ‘tidak masuk syurga, maka dosa memutus kekerabatan termasuk kabâ’ir (dosa-dosa besar). Selain itu banyak menimbulkan kerosakan dalam kehidupan. Kerana memutus kekerabatan akan melepaskan ikatan di antara kerabat, menimbulkan permusuhan dan kebencian, dan merosakkan hubungan kekeluargaan.

Kedua : Mendapat Laknat Allah SWT

Bahkan memutus kekerabatan termasuk sebab yang akan mendatangkan laknat, menjadikan ketulian dan kebutaan hati. Allâh Azza wa Jalla berfirman:

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ ﴿٢٢﴾ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَىٰ أَبْصَارَهُمْ

Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allâh dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka. [Muhammad/47: 22-23]

Ketiga : Doanya Tidak Di Makbukan

Hadis Malam Nisfu Sya’ban ialah:

عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci )

(HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh)

Hadis ini menjelaskan doa orang yang bermusuhan dan memutuskan silaturahim tidak di terima oleh Allah SWT di malam mustajab doa iaitu malam Nisfu Sya’ban

BACA JUGA: Inilah 11 Balasan Di Dunia Akibat Berbuat Maksiat

Keempat : Sempit Rezekinya.

Silaturahim juga merupakan faktor yang dapat menjadi penyebab umur panjang dan banyak rezekinya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

“Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahmi”. (Muttafaqun ‘alaihi)

Berpandukan hadis di atas orang yang menyambung silaturahim akan murah rezekinya dan panjang umurnya jika dia memutuskan silaturahim berlaku sebaliknya sempit rezekinya.

BACA JUGA: Rahsia Kekalkan Hubungan Baik Adik Beradik, Amalkan 6 Cara Ini Dalam Diri Anak Sejak Kecil

Inilah 4 Balasan Apabila Memutuskan Silaturahim Selain Dari Menyempitkan Rezeki 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here