Rezeki Kita Bagaimana Boleh Bertambah

Rezeki tak semestinya duit. Rezeki boleh bermacam-macam. Contohnya ketenangan, kedamaian pun rezeki juga.

Anas Bin Malik r.a katanya, Rasulullah Saw bersabda :

Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang mukmim, pahala kebajikannya disimpan Allah SWT untuknya di akhirat kelak serta serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya. ( Muslim )

Haa, nampak tak? Kata Dr.Tuah Iskandar  dalam bukunya “Bukan Main Lagi”,  Maknanya yang diberi rezeki itu mudah apabila mereka taat.bagaimana tambah rezeki, rezeki bertambah, cara tambah rezeki, rezeki kerana ketaatan

Misalnya bos suruh angkat kotak, adakah kita berlengah atau terus angkat? Kalau lengah-lengah ada harapanlah dilengahkan naik pangkat dan naik gaji.

Contohnya solat, waktu sudah masuk, tapi duduk kat sofa dulu, tengok tv sekejap, sampai waktu nak habis, barulah nak solat.

Orang macam ni adalah orang yang akan dilambat-lambatkan rezekinya oleh Allah SWT.

Kata Dr.Tuah, nanti orang kata saya tak macam tu sebab saya makan gaji. Cukup bulan gaji masuk.Saya sembahyang awal ke, lewat ke malah tak solat langsung ke, rezeki tetap ada.Apa nak sibuk?

Haaa…betul lah, tapi rezeki tak semestinya duit.Rezeki boleh bermacam-macam. Contohnya ketenangan, kedamaian pun rezeki juga.

Jadi jom kita baiki waktu solat kita. Mudah-mudahan rezeki sentiasa mengejar kita.

Leave a Comment

one × five =