Inilah Kelebihan 7 Surah Dalam Al Quran Jika Di Amalkan

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Al-Quran adalah firman Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi umat manusia. Terdapat banyak riwayat sahih yang menyatakan jika seseorang membaca Al Quran akan mendapat pahala. Semakin baik bacaan dan tingkat penghayatannya, semakin besar pahala yang diperoleh oleh si pembaca. Selain itu, setiap Surah di dalam Al-Quran juga mempunyai ‘mumayyazah’ dan kelebihan. Di antaranya adalah:

1. SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit akan cepat sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
2. SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasul hingga akhir surah) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.7 surah amalan harian, 7 surah bacaan harian, bacaan alquran, bacaan surah pilihan, doa harian, doa
3. SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
4. SURAH AN-NISSA’ (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
5. SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
6. SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barangsiapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
7. SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari gangguan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

1 thought on “Inilah Kelebihan 7 Surah Dalam Al Quran Jika Di Amalkan”

Leave a Comment

8 + nine =