Inilah Teladan Oleh Rasulullah Ketika Terlewat Solat Subuh

Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, yang berkata: Pada suatu malam kami menempuh perjalanan bersama Nabi s.a.w, sebahagian orang mengatakan: “Ya Rasulullah! Sebaiknya kita beristirehat menjelang pagi ini.”

Rasulullah SAW bersabda: “Aku khuatir kalian tidur nyenyak sehingga melewatkan solat subuh.”

Kata Bilal: “Saya akan membangunkan kalian.”

Mereka semua akhirnya tidur, sementara Bilal menyandarkan punggungnya pada haiwan tunggangannya, namun Bilal akhirnya tertidur juga.

Nabi SAW bangun ketika busur tepian matahari sudah muncul. Kata Nabi SAW: “Hai Bilal! Mana bukti ucapanmu?”

Bilal menjawab: “Saya tidak pernah tidur selena malam ini.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengambil nyawamu bilapun Dia mahu dan mengembalikannya bilapun Dia mahu. Hai Bilal! bangunlah dan suarakan azan.”

Rasulullah SAW berwudhu, setelah matahari agak meninggi sedikit dan bersinar putih, Rasulullah SAW berdiri untuk melaksanakan solat. (Hadis Shahih Imam Bukhari, nombor 595)

Siapa Yang Lupa Tidak solat, Segera Laksanakan Ketika Ingat

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, bahwa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang lupa untuk melaksanakan solat, maka laksanakanlah ketika ingat, tanpa kaffarah [denda] atas lupanya itu kecuali dengan mengerjakan solat tersebut.” Kemudian Rasulullah s.a.w membaca ayat (yang ertinya): “… dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Al-Qur’an surat Thaahaa, ayat 14). (Hadits Shahih Bukhari, nomor 597)

Rasulullah SAW Pernah solat Asar Pada Waktu Maghrib

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa pada ketika perang Khandaq, Umar bin Khattab datang setelah matahari terbenam. Umar mencaci-maki orang-orang kafir Quraisy.

Kata Umar: “Ya Rasulullah! Saya hampir saja tidak melaksanakan solat Asar sampai matahari hampir terbenam.”

Nabi SAW bersabda: “Demi Allah! Aku belum melaksanakan solat Asar.”

Kata Jabir: “Kami pergi ke Buthhan, kemudian Nabi SAW berwudhu untuk solat dan kami pun berwudhu, lalu Nabi SAW melaksanakan solat Asar setelah matahari terbenam, setelah itu beliau melaksanakan solat Maghrib,” (Hadits Shahih Bukhari, nombor 596).

Itulah tadi yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika beliau lewat melaksanakan solat, maka kita sebagai hamba yang patuh terhadap Rasulullah SAW maka hendaklah kita meniru apa yang di lakukan Rasulullah S.A.W ketika beliau lewat saat melaksanakan solat, kerana Rasulullah S.A.W juga termasuk manusia yang tak dapat lari dari lupa seperti manusia lainnya.

2 thoughts on “Inilah Teladan Oleh Rasulullah Ketika Terlewat Solat Subuh”

Leave a Comment

four × one =