Inilah 6 Orang Yang Solatnya Disertai Oleh Syaitan

Selain sebagai bentuk kewajiban, solat merupakan saranan kepada umat muslim dalam mendekatkan diri kepada Allah. Meski begitu, ternyata syaitan tidak tinggal diam ketika seorang muslim melaksanakan solat hingga akhirnya solatnya pun akan bersama dengan syaitan.

Siapakah orang-orang yang solatnya disertai dengan syaitan tersebut?

1. Orang Yang Was-Was Dalam Niat

Orang yang senantiasa disertai oleh syaitan ketika solat adalah mereka yang was-was dalam niat. Kewas-wasan ini pun terus berlangsung selama solat seperti mengingat jumlah rakaat ataupun lupa rukun tertentu. Kerananya seorang muslim patut waspada ketika mengalami hal tersebut kerana solatnya tengah diganggu atau bersama dengan syaitan.

“Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat (waswas) kepadanya, dengan berkata,”Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?” (QS Thaha: 120)

solat yang disertai oleh syaitan, solat was-was, solat tidak kusyuk, solat kusyuk, solat rukun tak betul, solat niat tak betul

2. Orang Yang Ingat Berbagai Hal Di Luar solat

Sebahagian besar dari kita tentu mengalami dimana ketika sedang solat sering teringat hal ini dan itu. Demikianlah syaitan berusaha membuat manusia agar tidak khusyuk dalam melaksanakan ibadah.

3. Orang Yang Ragu Buang Angin

Terkadang umat muslim pernah mengalami keraguan ketika solat apakah buang angin atau tidak. Ternyata itu merupakan hembusan syaitan untuk mengacaukan fikiran manusia. Dengan kata lain syaitan tengah bersamanya ketika solat.

“Jika salah seorang di antara kalian merasakan hal itu, maka janganlah membatalkan solatnya hingga dia mendengar suaranya atau mencium baunya tanpa ragu.” (HR Ahmad)

BACA JUGA: Panduan Cara Mengerjakan Solat Tahajud Malam Secara Lengkap

4. Orang Yang Tidak Fokus Terhadap Solat

Hambatan seorang muslim ketika sedang melaksanakan solat adalah susah untuk fokus dan hal itu merupakan tipu daya syaitan. kerananya berusahalah untuk ikhlas dalam melakukan solat dan mintalah pertolongan Allah dari gangguan syaitan.

Dari Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah tentang hukum menengok ketika solat”. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba”. (HR Bukhari)

5. Orang Yang Tergesa-Gesa Dalam solat

Orang yang solatnya disertai dengan syaitan juga adalah orang yang tergesa-gesa. Biasanya dia merasa ingin mengerjakan pekerjaan lain sehingga mempercepat solatnya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sejahat-jahat pencuri adalah yang mencuri dari solatnya”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mencuri dari solat?”. Rasulullah berkata, “Dia tidak sempurnakan rukuk dan sujudnya.” (H.R Ahmad).

6. Wanita Yang Mengenakan Wangi-Wangian Ketika Solat Di Masjid

Inilah yang seringkali dilalaikan oleh para wanita dimana mereka senantiasa mengenakan wangi-wangian ketika pergi ke masjid dan melaksanakan solat. Meski alasannya agar membuat orang lain nyaman, namun justeru hal itu membuat orang lain tidak khusyuk dan menjadikan dirinya sendiri solat bersama dengan syaitan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Jika salah satu dari kalian (para wanita) hendak ke masjid, maka janganlah sekali-kali menyentuh wangian.” (H.R Muslim)

Wallahu A’lam

BACA JUGA: Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan

Leave a Comment

5 + 20 =