Siapakah Syaitan ataupun Iblis Laknatullah Sebenarnya?

Tahukah anda siapa syaitan Sebenarnya??
Nama : IBLIS LAKNATULLAH
T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Suami  : Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar pasar
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Motto kerja : ‘Hipokrasi asas akhlak’
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian
Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah.

Leave a Comment

five × 5 =