Inilah 15 Rutin Harian Seorang Muslim

Sebagai muslim, menjadi seorang yang produktif di dalam setiap perkara yang dilakukan adalah sangat diidam-idamkan. Bahkan Islam sendiri turut mahukan penganutnya berupaya menjadi sedemikian.

Berita baiknya ialah menjadi produktif tidak dapat dilakukan tanpa seseorang itu bekerja dengan bersungguh-sungguh. Kenapa berita baik? Hal ini kerana Allah suka dengan orang yang melakukan kerja dengan tekun sebagaimana hadis nabi SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu kerja itu dengan tekun” (Riwayat Al-Baihaqi)

Untuk menjadi tekun bagi menghasilkan sesuatu yang produktif, seseorang itu mesti mempunyai kekuatan dalamannya yang tersendiri. Bagi maksud mencapai kekuatan tersebut, artikel kali ini suka untuk berkongsi jadual harian seorang muslim bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali. Ianya seperti berikut:rutin harian seorang muslim, rutin harian, aktiviti harian seorang muslim, ibadah seorang muslim, ibadah muslim

1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika
3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.

BACA JUGA: Inilah Akibat Suka Solat Di Hujung Waktu

7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa kita
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14. Tidak mencari populariti
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa

“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”

BACA JUGA: Balasan & Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa

Didoakan dengan mengamalkan rutin kehidupan ini, kita akan menjadi seorang muslim yang punya kekuatan tersendiri untuk mencetuskan gerak kerja yang produktif setiap hari. Semoga kita dapat termasuk di dalam hadis nabi SAW yang bermaksud:

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman yang lemah” (Riwayat Muslim)

1 thought on “Inilah 15 Rutin Harian Seorang Muslim”

Leave a Comment

17 − 9 =