Rohingya: Berhati-Hatilah Semua Kerana Fitnah Di Akhir Zaman Amatlah Dahsyat

Beberapa hari lalu tular di media sosial dengan penulisan beberapa pihak yang dikatakan berkongsi tentang kisah mereka bahawa kononnya pengalaman mereka yang mengenali bangsa Rohingya yang dikatakan sebagai bangsa keras kepala dan turut menyokong bangsa Myanmar buddha lagi. “patutlah tentera bunuh pun”.

Ingat Siapa Pun Boleh Menulis

Saya melihat ramai yang ghairah menyebar tulisan yang menambah kebencian pada bangsa Rohingya sebagai bangsa keras kepala dan jahat serta mengiyakan tindakan Myanmar buddha menghalau dan membunuh mereka, dan tulisan itu ditulis dan dikongsi oleh mereka yang tak dikenali.

Ideologi Dan Fahaman Penulis Di Media Sosial

Sebelum anda menyebarkan dan mempercayai tulisan tersebut sudahkan anda memeriksa IDEOLOGI dan FAHAMAN orang yang menulis tulisan tersebut? Adakah penulis itu benar-benar pencinta islam tulen? Atau melayu yang berideologi LIBERAL (Geng Siti Kasim), ATHEIST, atau ASSOBIYAH?

Periksa betul-betul terlebih dahulu siapa yang menulis, kita risau golongan LIBERAL (geng Siti Kasim) yang anti islam menulis dan mengadu domba tulisan kebencian pada Rohingya kerana tidak senang bila umat Islam saling membantu dan bersatu, hati–hati dengan golongan ini, mereka pun ramai Melayu macam kita.

Rohingya Jahat Dan Keras Kepala

Tulisan tersebut mengatakan bangsa Rohingya Jahat dan keras kepala, ada ke bangsa di dunia ini “tiada orang jahat”? Jawabnya tiada, setiap bangsa ada jahat dan ada baik. Kita tidak boleh meletakkan kejahatan pada sebuah bangsa, ini rasis dan zalim namanya dan tak mustahil kalau terpalit pada bangsa kita sendiri bila ada di kalangan bangsa kita yang buat jahat. Tambahan pula tulisan tersebut boleh direka-reka dan diadu domba.

Perasaan Kebencian Pada Orang Asing

Perasaan kurang senang ini hakikatnya adalah insteam atau fitrah yang timbul pada penduduk asal pada orang asing yang menumpang di kawasan kita, ianya berlaku dengan sendirinya.

Hakikatnya kita bukan hanya kurang senang pada orang Rohingya, tapi kita juga kurang senang dengan orang Pakistan, Indonesia, Myanmar buddha, Nepal, Bangladesh dan orang luar lain yang datang menumpang ke negara kita, perasaan itu fitrah namun akhir-akhir ini negeri Rohingya lebih menjadi perhatian kerana isu di tempat mereka.

Begitu juga bila orang Malaysia menumpang di negara lain, orang kita di pandang rendah di Australia, Bahkan kita masih segar orang Malaysia kita buat hal di Jepun baru- baru ini. Habis teruk nama Malaysia jadi buruk.

Apa yang mahu diajukan di sini janganlah rasa kurang senang kita pada Rohingya melebihi dari orang asing lain kerana mereka Muslim, ada yang baik ada yang buruk itu perkara biasa, mereka tetap lebih baik berbanding orang asing yang bukan muslim kerana kita bersaudara.

Sokong ke mereka ramai-ramai datang sini?

Bukanlah menyokong seratus peratus, tetapi janganlah hanya diskriminasi kan orang asing Rohingya semata berbanding orang asing lain, jutaan lagi orang asing non muslim di luar sana yang kita terlepas pandang.

Penyelesaiannya ialah pihak berkuasa perlu lakukan pengawalan yang lebih tegas pada orang asing tak kira Rohingya atau orang asing negara lain agar hak orang tempatan tidak tergugat dan terjaga.

Pada pembaca media sosial pula , diingatkan sekali lagi. BERHATI- HATI dengan Melayu berfahaman liberal, atheist, sosialis dan komunis, mereka ini lebih bahaya berbanding non muslim sebenar kerana kehadiran mereka, penulisan mereka, dan dakyah mereka bergerak secara halus untuk memecahbelahkan umat islam.

Hati-hati semua fitnah akhir zaman sangat dasyat!

Sumber: Hamzah Rahmat

Leave a Comment

fourteen − four =