Home All Keluarga Peringkat Tanggungjawab Suami Dan Hak Meminta Oleh Isteri

Peringkat Tanggungjawab Suami Dan Hak Meminta Oleh Isteri

253
1

Peringkat Suami Dalam Melaksanakan Tanggung Jawab

Salah satu kewajiban suami terhadap istrinya adalah memenuhi keperluan lahiriah sang istri terutama dalam keperluan yang sifatnya asas/mendasar. Dalam melaksanakan tanggung jawab ini, para suami dapat dibagi menjadi beberapa peringkat yaitu:

  1. Suami yang mampu, senantiasa peka dan siap siaga memberi tanggung jawab kepada isteri dengan tidak usah repot-repot diminta oleh para isteri. Dia tahu saja apa yang perlu diberi kepada istrinya, baik makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Juga di luar yang perlu, yang tidak pula keterlaluan atau yang masuk akal yang masih dibenarkan oleh syariat, jika dia mampu dia tidak pula keberatan memberi. Itulah golongan suami As Siddiqin.
  2. Suami yang juga mampu, senantiasa peka dan bersedia memberi apa-apa yang perlu kepada isteri-isteri tanpa diminta oleh isteri. Tapi perkara di luar yang perlu, dia tidak akan memberi. Kalau diminta, jika dia mampu, tidak pula keberatan untuk memberi. Itulah golongan suami Muqarrobin.
  3. Suami yang mampu, tidak memberi apa-apa kepada isteri sekalipun yang dharuri. Apatah lagi di luar yang perlu. Namun demikian kalau diminta, tidak pula keberatan dia memberi kepada isteri-isteri. Jika dia mampu, dia tidak pula susah untuk memberi tanggung jawabnya. Itulah dia golongan suami yang Soleh.tanggungjawap suami, hak seorang isteri, hak isteri, hak suami, tanggungjawap isteri
  4. Suami yang mampu tetapi tidak tahu atau tidak mau bertanggungjawab terhadap isteri-isteri sekalipun yang dharuri. Kalau diminta pun, dia tidak mau bertanggungjawab. Kalau dia memberi juga, dengan rasa terpaksa. Dia memberi dengan sakit hati. Adakalanya terpaksa bertengkar lebih dahulu dengan isteri, bermarah-marah dan bermasam-masam muka, barulah dia mau memberi. Suami begini lebih suka kalau isteri bekerja untuk boleh menanggung diri sendiri bahkan kalau boleh dia hendak menumpang makan dari hasil usaha isteri. Itulah dia golongan suami yang Fasik (jahat). Suami yang seperti ini ini kalau dikekalkan tabiat dan sikap ini, lebih-lebih lagi berhadapan dengan isteri yang tidak sabar, sudah tentu rumah tangga sentiasa bergolak. Krisis tidak habis-habis, kasih sayang tidak ada, kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga tidak wujud. Akhirnya membawa perceraian atau kalau tidak bercerai pun kerana tidak mau berpisah dengan anak-anak atau hendak menjaga wibawa. Apalah ertinya hidup berumah tangga yang tidak ada ketenangan.

Catatan

Perkara perlu / dharuri maksudnya adalah keperluan asas, misal perlengkapan untuk fardhu ain, pakaian untuk menutup aurat, tempat tinggal yang tidak terkena hujan angin, makanan asal tidak kelaparan

Perkara di luar perlu maksudnya hal-hal di luar perkara perlu. Perkara di luar perlu ini ada yang sifatnya memudahkan kehidupan, ada juga yang malah melalaikan.

Peringkat Isteri Yang Meminta Haknya Dari Suami

Isteri mempunyai hak-hak yang mesti dipenuhi oleh suaminya. Dalam meminta atau mendapatkan haknya daripada suami mereka, antaranya adalah seperti berikut:tanggungjawap suami, hak seorang isteri, hak isteri, hak suami, tanggungjawap isteri

  1. Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dan suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan oleh suaminya, diterima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar, tetapi tidak meminta. Apalagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik. Dia lebih suka menolong suaminya. Inilah isteri yang bersitat Siddiqin. Golongan ini susah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, seperti mencari belerang merah, atau mencari gagak putih. Ini adalah perempuan yang luar biasa.
  2. Isteri yang tidak meminta dan suaminya kecuali yang perlu (dharuri) sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan meminta bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tetapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Inilah isteri yang bersifat Muqarrobin. Golongan ini juga sukar untuk dicari di zaman kebendaan ini, zaman manusia memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
  3. Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu (dharuri) dan juga sekali-sekali meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa baik di dalam segi makan minum, tempat tinggal, kendaraan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Inilah isteri yang Solehahlebih mudah dicapai tetapi tetap memerlukan pengorbanan perasaan yang tinggi dan hati yang lebih mencintai Tuhan dan Akhirat daripada hidup di dunia yang sementara ini.
  4. Isteri yang selalu saja meminta-minta, bukan saja yang perlu (dharuri), yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta. Kalau diberi pun tidak pemah puas tidak pernah merasa cukup. Sudah mewah pun masih merasa tidak cukup. Kalau tidak diberi, akan menjadi masalah dan dia akan cemberut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah isteri yang fasik. Isteri seperti ini selalu saja durhaka dengan suami, apalagi dengan Tuhan. Sikap tindakannya, percakapannya selalu saja menyusahkan suaminya. Akhirnya krisis rumah tangga tidak pernah berhenti, senantiasa bergolak. Lama kelamaan bercerai suami isteri. Kalau pun tidak bercerai, hanya karena hendak menjaga muka atau tidak ingin anak jadi kucar-kacir, tetapi apalah arti rumah tangga yang seperti ini. Ia ibarat neraka dunia.
Peringkat Tanggungjawab Suami Dan Hak Meminta Oleh Isteri 1

1 COMMENT

  1. […] Ketahuilah, terdapat beribu hikmah disebalik mengapa Islam menegah zina atau sebarang aktiviti yang mendekatinya. Saya percaya, calon pasangan yang menjaga batas-batas pergaulan dan menghormati diri anda dengan tidak menyentuh anda sebelum berkahwin merupakan calon pasangan yang mampu menghormati dan menjaga anda sebaiknya sepanjang hidup beliau. Sekiranya sedari awal beliau tidak mampu menahan perasaannya untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya, walaupun sekadar memegang anda, adakah anda pasti selepas berkahwin, beliau tidak akan melakukan perkara yang sama pada orang lain pula? Sekiranya sebelum berkahwin beliau sudah berani mengajak anda berzina, adakah anda pasti beliau tidak berani mengajak orang lain pada masa yang sama? Aktiviti seksual tidak salah dilakukan, malah mendapat pahala jika melakukannya HANYA sekiranya halal. Ia lebih manis dilakukan dalam keadaan tanggungjawab, dimana pasangan tersebut sudah berjanji untuk saling menyayangi dan menjaga dibawah rahmat Allah. BACA JUGA: Peringkat Tanggungjawab Suami Dan Hak Meminta Oleh Isteri […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here