Palestin Dan Perang Dunia Yang Tertangguh

“Barang siapa menguasai Palestin, dia sesungguhnya menguasai Dunia” (Salahuddin Al-Ayubi).

Dunia baru sahaja menyaksikan perkembangan menarik di Palestin, Perancis, dan Korea Selatan yang mengurangkan ketegangan perang berskala besar di Timur dan Barat. Hamas di Palestin bukan sahaja telah membuat kejutan dengan menerima sempadan negara Palestin yang digariskan pada 1967, tetapi juga telah melantik Pengerusi Biro Politik yang baru iaitu bekas Perdana Menteri Ismail Haniyeh menggantikan Khaled Mashal. Pemimpin muda pro-EU Emmanuel Macron pula menewaskan Marine Le Pen dalam pilihan raya Presiden Perancis sementara pemimpin Demokratik pro-rundingan dengan Korea Utara, Moon Jae-In pula memenangi pilihan raya Presiden Korea Selatan.

Perkembangan di Palestin cukup menarik kerana Hamas sejak kepimpinan Almarhum Syeikh Ahmed Yassin lagi menuntut keseluruhan wilayah termasuklah Israel sebagai negara Palestin. Namun meskipun menerima sempadan 1967, Hamas masih menegaskan bahawa mereka tidak pula mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Dalam masa yang sama Hamas menjelaskan bahawa musuh mereka ialah Zionisme dan bukannya kaum Yahudi. Ismail Haniyeh pula terkenal sebagai pemimpin yang teguh berhadapan dengan pelbagai ujian sama ada di penjara Israel mahupun di tangan saudara Islam se-Palestin sendiri iaitu pergerakan Fatah. Beliau juga terkenal dengan semangat rundingan di mana hasil kompromi dengan Presiden Mahmoud Abbas, kerajaan perpaduan Hamas-Fatah sering kali berjaya ditubuhkan meskipun seringkali diganggu-gugat pelbagai faktor dalaman dan luaran.perang dunia ke 3, perang palestin, perang islam dan kristian, perang islam dan yahudi, peperangan palestin, perang palestin yang tertangguh

Haniyeh juga pernah memimpin Palestin berhadapan tekanan enam penjuru iaitu dari Amerika Syarikat (AS), Rusia, PBB, Kesatuan Eropah, Israel, dan juga Mesir semata-mata mempertahankan prinsip perjuangan Hamas. Namun dengan perubahan dasar pegangan yang baru diisytiharkan, ruang untuk Haniyeh mengemudi Hamas dengan lebih baik terbuka luas seandainya beliau kembali ke tampuk pemerintahan Palestin.

Perkembangan yang positif turut berlangsung di sebuah lagi wilayah Timur iaitu di Korea Selatan. Moon Jae-In yang baru menjadi Presiden Korea Selatan ialah seorang pemimpin Parti Demokratik yang sudi bekerjasama rapat dengan Korea Utara. Malah, beliau turut menyatakan kesanggupan untuk melawat Pyongyang, ibu negara Korea Utara demi rundingan ke arah hubungan yang lebih baik antara Seoul dengan jirannya itu. Perlu diketahui bahawa Presiden baru Korea Selatan itu benar-benar mengimpikan penyatuan semula Korea Utara dengan Korea Selatan berlangsung secara aman. Moon Jae-In menarik kerana beliau bukan sahaja mengkritik tindakan tekanan ketenteraan semata-mata tanpa dialog dari AS (terutama sekali Trump) ke atas Korea Utara, tetapi beliau turut mengecam tindakan AS memasang sistem pertahanan anti-peluru berpandu THAAD di Korea Selatan beberapa bulan lalu.

BACA JUGA: Inilah 7 Keistimewaan Bumi Palestin Yang Kita Patut Tahu

Langkah memasang THAAD dilihat beliau sebagai terlalu tergesa-gesa, tidak demokratik, dan juga menutup ruang kerajaan beliau yang baru untuk membatalkannya. Namun demikian, meskipun AS sendiri mengisytiharkan bahawa sistem THAAD telah mula beroperasi di Korea Selatan, pendirian pro-rundingan dan dialog Presiden Moon Jae-In menjanjikan iklim Semenanjung Korea yang lebih baik berbanding dominasi penuh yang diharapkan Presiden Donald Trump dari AS.

Di Barat pula, kuasa nuklear ketiga terbesar dunia selepas AS dan Rusia, iaitu Perancis telah menerima Presiden baharu yang pro-Kesatuan Eropah (EU). Baru berusia 39 tahun, Emmanuel Macron bukan sahaja telah mengatasi rekod lagenda Napoleon Bonaparte sebagai pemimpin Perancis yang termuda, tetapi juga telah mengecewakan Presiden AS yang paling tua, iaitu Donald Trump. Trump diketahui menyokong lawan Macron, iaitu Marine Le Pen yang berjanji bakal membawa Perancis keluar daripada EU. Le Pen yang bukan sahaja anti-EU tetapi juga anti-Muslim dan anti-pendatang.

Kemenangan Macron ini sedikit-sebanyak melegakan bukan sahaja warga Perancis tetapi juga warga Eropah dan dunia kerana beliau bukanlah seorang yang berpendirian ekstrim, malah turut menyokong kemasukan Turki ke dalam EU serta menyokong penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel. Namun beliau kekal komited menyertai NATO pimpinan AS dan sejauh mana kehadiran beliau di pentas politik dunia benar-benar menyumbang kepada meredakan ketegangan antarabangsa terutama sekali di Timur Tengah masih perlu dinantikan.

Sumber: Islamituindah.info 

BACA JUGA: Sejarah Nama Kumpulan Briged Al-Qassam: Penggempur Zionist Laknatullah

Leave a Comment

7 + 4 =