Home Blog Page 93

Jangan Lupa, Orang Tua Kita Adalah Kunci Kepada Pintu Rezeki Kita

1

Salam. Aku mimi. 27 tahun. Aku cuma nak kongsi kisah diantara mak ayah aku dan opah aku.

Mak ada 10 orang adik beradik. Anak ke 5. Mak aku memang dh biasa susah. Mak aku ni boleh tahan gak dia skor masa spm. Tapi di sebabkan kesusahan hidup, habis belajar mak terus kerja sebagai kerani. Memang kerja kerajaan tapi bawah mak aku ramai lagi adik2 tengah belajar. Start dari hari pertama mak aku kerja,memang setiap bulan mak tak pernah miss bagi opah dan atuk aku duit belanja.

Aku tak lahir lagi time ni. Tapi opah yang cerita balik kat aku. Lepas beberapa thun kerja, mak aku pun kahwin dgn ayah aku dan kemudian atok aku meninggal dunia pada usia 50+.

Kehidupan mak ayah dulu tak senang. Ayah aku askar kerja luar negeri (ayah aku askar pangkat paling rendah).Lepas aku lahir baru kami tinggal bersama. Mak aku lah sorang2 jaga adik beradik lain kt rumah. Aku salah seorang saksi kejadian. Memang selalunya setiap bulan tak cukup duit. Mesti korek duit simpanan yg mak simpan sikit. Tapi mak tetap bagi wang belanja kat opah. Tak pernah kurang dari rm100. Kalau ada lebih bg lebih tp kalau tak cukup, rm100 tetap ada untuk opah di kampung.

Bila dah kahwin ayah aku pun macam mak aku. Memang tak pernah lupa pada ibu kat kampung walaupun ayah hidup susah(atok sebelah ayah aku pn dah meninggal). Memang dalam tempoh 7-8 tahun rezeki tak nampak. Tapi sepanjang hidup kami cukup makan pakai. selepas bertahun2 rutin ni jadi amalan mak dan ayah pada ibu mereka memang nampak rezeki mak ayah aku murah sangat.

Ayah dan mak dapat tunaikan haji, beli rumah, beli kereta. Walhal dulu mak ayah nak buat simpanan dari duit gaji pun belum tentu ada. Konsep mak ayah aku senang. Dapat gaji je pertama sekali cukup ke tak cukup opah mesti no 1. Lepastu selebihnya baru lah fikir hutang2 yg hendak dilangsaikan.

Aku dengan opah memang rapat. Kalau kami tidur sekatil jwapnya pkul 12 pn belum tentu tidur sebab kami akan menyembang sampai aku sendiri tertidur. Haha. Bila opah sebelah mak aku dah uzur, opah nak tinggal dengan kami. Adik beradik mak aku pun ada membantu kalau mak ada kursus opah tinggal sementara dengan mereka. Waktu tu aku spm. Aku tak duduk asrama,aku sek biasa. Kali ini wang ringgit bukan pertaruhan tapi tenaga dan kesabaran dalam menjaga opah. Mak aku adalah orang yang tak pernah mengeluh penat jaga opah. Opah pernah marah2 taknak pakai lampin. Jadinya opah aku berak merata dalam rumah.

Kencing pun sama. Kat ruang tamu pun pernah. Ibarat kalau masuk je pintu rumah memang ada bau. setiap kali opah ke tandas lantai mesti kena mop. Sebab kencing tak lawas. (Tandas kt dapur tak ada dalam bilik). Nasib ayah faham dan tak pernah marah. Kami gilir2 mop lantai. Bayangkan sehari berapa kali kena mop gilir2.

Wang perbelnjaan opah tetap ada walaupun opah tinggal dengan kami. Saja mak aku buat begitu sekurang2nya bila mak aku tak ada duit boleh pakai untuk rawatan opah. Sepanjang menjaga opah, kami dimurahkan rezeki lagi. Mak ayah dapat naik pangkat. Daripada rumah kecil kami dapat pindah ke rumah banglo yang selesa. Tapi opah tak sempat merasa semua tu. Opah meninggal dunia sebelum rumah baru kami siap. Lepas opah meninggal, rezeki memang datang mencurah curah. rezeki datang tanpa di duga. Alhamdullilah. Dari kereta kecil dah boleh beli mpv. Adik beradik kami pun dimudahkan jalan untuk belajar dan mencari rezeki. Dan sekarang semua dah bekerjaya.

Bila difikirkan semula aku yakin inilah berkat menjaga orang tua. Kami dah terikut apa yang mak ayah buat pada opah. Setiap kali gaji tak pernah kami terlula bagi wang belanja pada mak ayah. Segala keinginan mereka kami turuti mengikut kemampuan. Kami adik beradik saksi kejadian betapa setia kasih sayang mak ayah pada ibu mereka. Kami sendiri berjanji pada diri kami yang kami akan layan mak macam mak dan ayah layan opah. First class punya.! InsyaAllah.

Pesan mak pada aku sewaktu opah masih ada. “Mak taknak cakap pada opah yg mak susah dan mak yakin mak tak akan jatuh susah kalau balas jasa opah dengan duit bulanan tiap2 bulan tu. Mak juga mampu jaga opah macam mana opah dulu susah2 pun mampu juga jaga mak”

Mengapa Nilai Surah Al-Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al-Quran?

0

Surah al-Ikhlas. Antara surah yang terpendek hanya mengandungi 4 ayat. Namun, manfaat dan pahalanya disisi Allah S.W.T sangatlah tinggi. Sudah tentu anda tahu bahawa nilai pahala jika membaca 3 kali surah ini adalah bersamaan dengan anda membaca Al-Quran dan isinya. Adakah kenyataan ini benar dan mengapa sebegitu besar nilainya?

Sabda Nabi Muhammad mengenai surah Al-Ikhlas

1. Pada satu malam, seorang sahabat telah mendengar temannya yang sedang membaca surah al-ikhlas dan diulangnya berkali-kali. Sahabat tersebut memberitahu kepada Rasulullah S.A.W pada keesokan harinya, dengan seperti merendah-rendahkan amalan temannya itu. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612).

2. Dari Abu Darda’ RA, Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada para sahabat,:

أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

“Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?” Lalu para sahabat bertanya, “Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?”. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ)

“Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Muslim 1922).

Mengapa bernilai sepertiga Al-Quran?

Di dalam Al-Quran secara keseluruhannya, terdapat 3 pembahasan utama iaitu:

Hukum (perintah, larangan, halal dan haram)
Janji dan ancaman (berkenaan syurga dan neraka, pembalasan dan kesengsaraan)
Penceritaan mengenai Allah (Nama dan sifat Allah)

Jadi, jika dilihat kepada makna surah al-ikhlas, ia membahaskan masalah tauhid iaitu menceritakan mengenai siapakah Allah S.W.T.. Disebabkan oleh ia merangkumi satu daripada 3 pembahasan utama Al-Quran, maka nilainya adalah sepertiga Al-Quran.

Ianya disokong oleh keterangan al-Hafidz Ibnu Hajar,

قوله ثلث القرآن حمله بعض العلماء على ظاهره فقال هي ثلث باعتبار معاني القرآن لأنه أحكام وأخبار وتوحيد وقد اشتملت هي على القسم الثالث فكانت ثلثا بهذا الاعتبار

Menurut beliau, “bernilai sepertiga Al-Quran” seperti dalam sabda Rasulullah S.A.W itu difahami oleh sebahagian ulama akan makna zahirnya. Ulama-ulama tersebut menerangkan bahawa surah ini bernilai sebegitu kerana dipandang dari sudut kandungan makna Al-Quran. Oleh kerana isi al-Quran itu adalah hukum, berita dan tauhid, dan surah al-ikhlas membentangkan penceritaan tauhid, berdasarkan tinjauan ini, ia bernilai sepertiga Al-Quran. (Fathul Bari, 9/61)

Surah al-Ikhlas sama nilai pahala dan bukan sama nilai amal Al-Quran

Perlu diingat, walaupun membaca 3 kali surah ini pahalanya bersamaan seperti membaca keseluruhan Al-Quran itu sendiri, namun ia hanya senilai dengan PAHALA, dan bukan sama nilai AMAL. Harus kita membezakan antara al-Jaza’ dengan al-ijza’.

Definisi:

Al-jaza’ : sama nilai dalam pahala yang dijanjikan
Al-ijza’ : sama nilai dalam amal yang digantikan
Dalam hal ini, ia memenuhi definisi al-jaza’. Jadi, jika anda membaca 3 kali surah al-ikhlas yang membawa pahala seperti membaca Al-Quran, ia hanya bersamaan nilai pahala dan bukan nilai amal. Untuk memudahkan pemahaman, kita lihat pada contoh ini:

Jika anda bernazar untuk membaca satu Al-Quran jika hajat anda tercapai, maka anda tidak boleh menggantikan nazar anda ini dengan hanya membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya adalah sama. Membaca 3 kali surah al-ikhlas walaupun pahalanya sama tetapi belum dianggap seperti membaca keseluruhan Al-Quran. Jadi ini beza antara senilai pahala dan senilai amal.

Syaikhul Islam berkata :

“Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan berarti pahala yang dia dapatkan sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan bisa jadi dia butuh bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran. Sehingga surat al-Ikhlas tidak bisa menggantikan semua itu.” (Majmu’ al-Fatawa, 17/138).

Satu lagi contoh, jika anda solat di Masjidil Haram, pahalanya adalah 100,000 kali ganda solat di tempat lain. Ini tidak bermakna bahawa anda tak perlu lagi solat untuk 100,000 kali waktu, ia hanya bermaksud pahala yang anda dapat ketika solat di Masjidil Haram adalah 100,000 kali ganda.

Manakala al-ijza’ pula adalah seperti, jika anda bermusafir dan tidak berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat, maka anda dibolehkan untuk menggantikan dengan solat Zuhur. Atau jika tidak mempunyai air untuk berwudhu, maka anda boleh bertayammum. Bermakna, amalan anda bersamaan dengan nilai amalan yang digantikan.

Wallahualam.

Jom Amalkan Doa Supaya Terhindar Dari Ditipu, Dikhianati Dan Dianiayai

0

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Ibubapa yang mempunyai anak lelaki dan perempuan perlu mendoakan mereka supaya sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah SWT dari perkara-perkara yang buruk. Apabila anak sudah besar dan melanjutkan pelajaran di IPTA atau sudah bekerja. Ibubapa kenalah bertanyakan anak-anak, dengan siapa mereka berkawan? Jangan tersilap pilih kawan kerana banyak kes rogol, kes bunuh dan kes aniaya yang tak terfikir boleh berlaku.

Yang paling risau bila gadis dirogol kerana minum minuman yang dimasukkan pil khayal. Bila sudah sedar sudah terlambat kerana dara telah diragut oleh lelaki laknat yang berniat jahat. Wanita mudah ditipu terutama yang suka percaya orang asing yang baru dikenali. Bukan nak tuduh, tetapi sudah banyak kali dilaporkan dalam akhbar tetapi tetap berlaku juga.

Kadang2 berlaku kepadag anak lelaki yang baik. Tersilap pilih kawan boleh merosak masa hadapan. Percaya sangat pada kawan akhirnya terjerat diri sendiri.

Bukan senang nak cari kawan baru yang boleh kita kenal hati budinya. Jika dari kecil sama-sama bersekolah tidak mengapa. Tapi yang baru berkawan, nampak luaran baik tapi dalam hati tidak siapa yang tahu.

Selalu berpesan kepada anak-anak yang berjauhan. Sentiasa mengamalkan ayatul kursi dan doa pelindung diri dari sihir/syaitan dll.

Doa ini boleh juga diamalkan selain dari ayatul kursi. Sangat baik jika dimulakan dengan ayatul kursi dan doa-doa berikut. Semuga dipelihara diri dari perkara-perkara yang buruk. “Sediakan payung sebelum hujan”.

InsyaAllah, sesiapa yang berniat jahat kepada anda akan terhalang niatnya dan mungkin dibalas perbuatannya sebelum berlaku kepada kamu. Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya dan memelihara hambaNya yang beriman dari niat jahat orang-orang kafir lagi jahat.

DOA SUPAYA DIJAUHKAN DIRI DARI NIAT JAHAT SESEORANG

Maksudnya:

Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.

DOA SUPAYA MENDAPAT KAWAN-KAWAN YANG BAIK

Maksudnya:

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Amalkan Doa Ini Untuk Mendapat Jodoh Yang Baik-Baik

1

Anda Yang Belum Bertemu Jodoh..!! Amalkan Doa Mendapat Jodoh Yang Baik Dalam Rumi:

Allahhumma innii uriidu an atazawwaja,
faqaddirlii minannisaa-i, a’affahunna farjan,
wa ah-fazhahunna lii fii nafsihaa wa fii maalii,
wa ausa’ahunna rizqan,
wa a’azhamahunna barakatan,
wa qaddirlii waladan thayyiban,
taj’aluhu khalafan shaalihan fii hayaatii wa ba’da mamaatii

Maksudnya;

“Ya Allah, Sungguh aku ingin menikah. Takdirkanlah untukku perempuan/lelaki yang paling baik dalam menjaga kesuciannya, paling baik dalam menjaga dirinya terhadapku dan terhadap hartaku, paling luas rezekinya, dan paling besar keberkatannya. Dan takdirkanlah untukku seorang anak (beberapa anak) yang baik hingga Engkau jadikan dia keturunan yang soleh semasa hidupku dan setelah kematianku.”

Cara-cara berdoa untuk mendapat jodoh yang baik

Pertama : Memperbaiki diri

Jika kita ingin mendapatkan jodoh yang soleh, maka kita harus menjadi orang yang solehah. Itulah maksud Allah dalam firman-Nya,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS. An-Nur: 26).

Kedua : Tidak putus asa dalam berdoa

Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqon ayat 74 :

“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

[;]3. Memperbanyakkan ibadah sunnah seperti melakukan solat sunat tahajjud, solat taubat, dan memperluaskan pergaulan dengan orang yang baik-baik akhlaknya dan agamanya.

Dan sebenarnya doa mendapat jodoh yang baik bukan sahaja boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin, sebaliknya bagi yang sudah berkahwin pun boleh membaca doa tersebut dengan harapan pasangan kita diberikan taufik dan hidayah serta berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

Sekian sahaja yang sy dapat kongsikan.. Dipersilakan share..

Bacalah Doa Ini Pagi & Petang Insya Allah Masalah Hutang Akan Selesai

1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa di bawah). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Doa ini di baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Jika diamalkan secara istiqamah, insyaallah masalah hutang akan selesai. Doa ini juga terdapat dalam buku doa alma’surat. Boleh didapati di kedai-kedai buku. Amalkan dengan yakin. Saya telah mengamalkan doa ini, alhamdulillah sebahagian dari hutang saya telah selesai saya lunaskan.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.