Home All Kisah Teladan Kisah Kematian Yang Ditunda Kerana Sedekah

Kisah Kematian Yang Ditunda Kerana Sedekah

775
0

Kematian memang di tangan Allah. Maka ada satu hal yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda, iaitu kemahuan bersedekah, kemahuan berkongsi dan ambil peduli.

SUATU hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat merangkap muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi.”

Kisah Kematian Yang Ditunda Kerana Sedekah 1

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi.” Habis berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Allah Ibrahim. Hampir saja Nabi Allah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Allah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.

Esok paginya, Nabi Allah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan pernikahannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Allah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Allah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Kematian, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?

Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Saudara-saudaraku, pembaca dimanapun anda berada, kematian memang di tangan Allah. justeru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad shalla `alaih bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah sedekah.

Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling anda. Bila anda menemukan ada satu-dua kesusahan. maka sesungguhnya andalah yang perlukan pertolongan. kerana siapa tahu kesusahan itu ditunjukkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda. Tinggal apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memperpanjang umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan selain keadaan husnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memperpanjang umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian datang.

Kisah Kematian Yang Ditunda Kerana Sedekah 2

Kisah Kematian Yang Ditunda Kerana Sedekah 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here