Mengembara Di Negara Bukan Islam Bukanlah Suatu Yang Diharamkan Agama

Melawat ke luar negara merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mampu. Tidak salah untuk kita pergi mengembara di bumi Tuhan yang satu ini. Hidup hanyalah sekali, jadi kenapa tidak gunakannya dengan sebaik mungkin? Bagi umat Islam sendiri, kembara mencari ilmu bukanlah terletak hanya pada sektor agama sahaja, malah juga dari sektor sektor lain. Tidak salah untuk kita sebagai Islam untuk mengembara melihat ciptaannya.

Ikuti kisah Khalid Pattali yang dikongsinya tentang perjalanannya merantau di negara orang bukan Islam.

Mengapa pergi melancong ke Santorini, Paris ke US dan lain-lain negara yang tiada nilai Islam padanya? Mengapa nak bantu ekonomi mereka? Bawa melancong ke Turki, Bosnia atau lain-lain negara Islam sudahlah.bercuti ke negara bukan islam, tempat percutian bukan negara Islam, mengembara di negara bukan islam, cari makanan halal di negara bukan islam

Ok Bismillah,
Sebagai seorang pengusaha syarikat pelancongan yang bertapak di Istanbul Turki, ini adalah jawapan dari saya.

Pertama, Islam bukan disebarkan melalui ceramah agama sahaja. Kefahaman Islam adalah sangat penting untuk disebarkan baik secara langsung atau tidak. Asalkan namanya seorang Muslim dia akan bawa identiti Islam ke mana-mana.

Bagi mereka yang tidak tahu, pengembara/pelancong muslim, khususnya rakyat Malaysia ini telah banyak berdakwah atau memberi kefahaman tentang Islam kepada bukan Islam di luar sana. Saya sendiri yakin, pengembara/pelancong ini sendiri tidak perasan mereka telah memberikan kefahaman serba sedikit tentang Islam secara langsung atau tidak langsung. Bagaimana?

Contohnya, jika di Jepun; Pemilik motel di sana menyediakan satu microwave khas untuk Muslim. Kerana pelancong-pelancong Muslim sebelum ini telah memberi kefahaman kepada pemilik ini bahawa orang Islam tidak boleh makan dengan bekas yang pernah terkena daging babi melainkan perlu disertu.

BACA JUGA: Kenapa Islam Mengharamkan Arak?

Contoh kedua trip saya ke Santorini, pemilik kapal layar menyediakan kapten dan anak kapal perempuan jika saya ingin mengambil pakej (cruise dan mandi) mereka. Mereka telah diberi kefahaman oleh pelancong-pelancong muslim sebelum ini tentang aurat perempuan Muslim yang tidak boleh dilihat oleh bukan mahram.

Contoh ketiga, apabila ada seorang pengembara Muslim ke Brazil. Beliau ingin makan ayam yang halal (disembelih). Beliau mengajar kepada rakannya seorang rakyat Brazil. Hasilnya orang-orang bukan Islam di Brazil telah mendapat kefahaman bahawa orang Islam sangat mementingkan kebersihan haiwan yang mahu dimakan.

bercuti ke negara bukan islam, tempat percutian bukan negara Islam, mengembara di negara bukan islam, cari makanan halal di negara bukan islam

Haiwan tersebut juga perlu dimatikan dengan cara paling kurang sakit dan cepat matinya. Hari ini Brazil adalah pembekal ayam halal terbesar dunia! Diikuti oleh Australia yang juga bukan negara Muslim.

Kedua, orang Islam yang melancong ke negara-negara bukan Islam, masih tetap Islam dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam seperti solat dan menjaga makanan halal. Bukannya kita melancong ke negara-negara tersebut dan terus kita buang identiti Islam kita.

Contohnya di Lapangan Terbang Switzerland. Pihak berkuasa di sana menyediakan ‘Prayer Room’ untuk penganut-penganut agama melakukan rutin ibadah mereka. Sudah 6 kali saya bawa peserta trip ke Switzerland dan saya tidak pernah nampak ada penganut agama lain menggunakan ‘Prayer Room’ di sana. Bilik tersebut disediakan kerana sebelum ini terdapat ramai Muslim yang solat secara terbuka di kawasan lapngan terbang tersebut.

Contoh kedua, orang Malaysia disukai di luar negara kerana sikap bersederhana dan sikap menghormati orang. Tambahan pula majoriti rakyat Malaysia adalah Islam. Bukankah ia menaikkan nilai akhlak Islam pada pandangan mata orang bukan Islam di luar sana.

BACA JUGA: Bolehkah orang Islam makan daging (Kosher) sembelihan orang Yahudi?

Sebab itu saya sebutkan pada awal penerangan saya orang Muslim ini umpama duta kecil Islam. Jika bawa imej baik atau buruk ia kadangkala boleh terkait dengan agama apa yang kita anuti. Sebab itu jangan buat perkara yang boleh memburukkan nama Islam dan Malaysia di negara luar seperti berak di dalam tempat mandi.

Kesimpulannya, setiap orang ada cara tersendiri bagaimana nak menyumbang ke arah pemahaman yang lebih baik tentang Islam. Lebih-lebih zaman ‘Islamophobia’ ini. Kita buat kerja masing-masing dan jangan sempitkan pemikiran kita.

Akhir kata, “Di mana pelancong Muslim itu pernah jejak, di situlah Islam pernah sampai walau di Antartika!”

Semoga pembaca dapat mengambil manfaat daripada kisah beliau.

Leave a Comment

four × 5 =