Kisah Seorang Pemuda “Mencuri” Tabung Masjid

0
64

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah menarik yang boleh dijadikan renungan bersama, di mana seorang pemuda dikatakan ingin mencuri wang di dalam tabung masjid telah ditangkap oleh JKKK..

Cerita bermula pada tengah malam, kecoh di masjid bandar. Seorang pemuda ditangkap kerana disyaki cuba mencuri duit tabung masjid. Lalu terjadilah soal-siasat antara JKKK masjid dengan saspek.

JKKK: “Mengaku je lah. Tak payah nak menipu la. Tipu dosa masuk neraka.”

Pemuda: “Qulil Haq Walau Kaana Murra – Berkatalah benar walau pahit sekalipun. Saya tidak menipu. Saya tak bersalah. Saya tak curi duit tabung.”

JKKK: “Tak curi apanya, ni apa kebenda ni RM5000 dalam poket kau ni? Aku lempang jugak budak ni karang!”

Pemuda: “…Waiyya-yaa Farhabuun..” (Surah al-Baqarah ayat 40) – kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). Lempanglah. Bawalah saya ke balai polis sekalipun. Saya tidak gerun. Tapi, saya sedikit pun tidak akan mengaku bersalah mencuri.”tabung masjid, curi tabung masjid, pecah tabung masjid, masjid dikunci,

JKKK melempang pemuda tersebut di kaki lima masjid. Tersungkur pemuda tersebut. Hilang sabar juga JKKK.

JKKK: “Cilake betul budak ni! Main dalil Quran pulak! Aku nampak kau panjat pagar masuk dengan mata kepala aku sendiri! Aku nampak sendiri ko cari tabung masjid!”

Pemuda: “Saya panjat ada alasannya.”

JKKK sudah berada di kemuncak kemarahannya kerana pemuda tersebut berani menjawab.

JKKK: “Dasar kaki pil kuda! Pil khayal! Ha!! Kang Ni Makan Dia!” (sambil menghayunkan terajang ke perut pemuda)

Bilal: “Berhenti!!”

JKKK: “Apahal?! Budak ni curi duit masjid ni!”

Bilal: “Sabar! Ana nampak kesemuanya. Kebetulan ana ada di belakang tiang masjid. Lepaskan dia. Itu bukan duit masjid.”

JKKK: “Apa?!”

Bilal: “Duit masjid awal-awal lagi setelah Isyak tadi diserahkan pada Bendahari masjid setelah dikosongkan tabung² masjid. Ana nampak pemuda ini cuba memasukkan wang RM5000 itu ke dalam tabung masjid. Tapi akhirnya ditangkap anta.”

JKKK: “Dia panjat pagar masjid kot! Kaki pil ni!”

Bilal: “Jelaskan kenapa kamu panjat pagar masjid?”

Pemuda: “Saya panjat pagar masjid sebab masjid kunci sebaik sahaja selesai solat Isyak. Sedangkan masjid itu rumah Allah terbuka 24 jam sepatutnya. Tetapi sedih sekali masjid hanya dibuka siang hari dan ditutup pada malam hari. Alasannya takut kecurian. Lalu, terpaksa saya panjat pagar tanpa ada pilihan lagi.”

BACA JUGA: 5 Tip Membantu Anda Menunaikan Haji Pada Usia Muda

Bilal: “Mengapa kamu tidak masukkan duit ketika masjid buka?”

Pemuda: “Ramai orang pada waktu masjid dibuka. Sedangkan ustaz saya menyebut, mengikut hadis…sedekah yang terbaik adalah – “Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya”. Jika orang nampak saya masukkan duit dalam tabung masjid, saya bimbang pahala sedekah saya kurang. Saya bimbang saya jadi riak. Saya bimbang sedekah saya jadi sia-sia.”

Bilal: “Dari mana duit sebanyak itu?”

Pemuda: “Ini dari simpanan saya sendiri selama setahun.”

JKKK: “Baik, kali ni kami lepaskan. Pergilah bersedekah.”

Pemuda: “Maaf, kamu berdua sudah tahu saya niat saya. Saya dah tak boleh bersedekah di sini. Biarlah saya pergi ke masjid lain. Terpaksa beritahu ini pun seperti riak. Astaghfirullahaladzim..Moga Allah bantu ikhlaskan hati ini kembali..Aamiiin”

Pemuda tersebut meminta diri dan meminta maaf panjat pagar masjid.

JKKK termenung memikirkan kejadian malam tu. Bilal masuk tidur.

Dipetik : Syabab Musafir kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here