Pernah dengar tak orang cakap, kalau nak tahu berapa ramai kawan yang kita ada tunggu sehingga sampai masa kita susah. Apabila kesusahan dan dugaan dari Allah sampai pada kita masa ini lah ramai kawan akan lesap dan yang tinggal dan boleh memberikan semangat kepada kita boleh kira dengan jari sahaja.
Hakikatnya sebagai seorang muslim kita sering ditekankan dimasa saat terbaik untuk kita membantu orang bukan perlu tunggu sehingga kita kaya tidak kira apa keadaan kita pada waktu itu jika ada kawan memerlukan bantuan atau pun mana-mana pihak lain yang meminta pertolongan adalah wajar untuk kita bantu seadanya.
Namun, Allah juga berulang kali mengingatkan kita letakkan pengharapan hanya pada-Nya. Bantuan dari Allah akan datang dalam pelbagai bentuk yang kita tidak sedari.
Pertolongan Allah kepada seseorang juga tergantung dengan pertolongan yang dilakukannya antara manusia. “Sesungguhnya Allah akan menolong seorang hamba-Nya selama hamba itu menolong orang yang lain“. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi)
Pada suatu hari Rasululah SAW ditanya oleh sahabat baginda : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ?
Rasulullah SAW menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ” ( Hadits Riwayat Thabrani ).
BACA JUGA: 7 Rahsia Amalan Suami Isteri Ini Kaya-Raya & Rezeki Datang Tak Putus-Putus
1 thought on “Pertolongan Allah Akan Kalian Terima Selagi Kalian Membantu Orang Lain”