Cara Mudah Untuk Lepaskan Diri Dari Seksa Kubur

Kerapkali kita mendengar perit dan seksanya seksa kubur, tetapi adakah kita benar-benar takut dan berusaha untuk mengubah diri ke arah lebih baik untuk melepaskan diri dari seksa kubur?

Pernah kita mendengar tentang soalan bocor dari kubur dimana soalan-soalan yang bakal ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir. Persoalannya dapatkah kita menjawabnya walaupun kita sudah sedia tahu akan soalan-soalan tersebut?

Kita dapat menjawab dan melepaskan diri dari seksa kubur seandainya kita telah melakukan satu hal ini, iaitu membaca Al-Quran. Ramai yang terlepas pandang dan menganggap hal ini remeh. Terdapat banyak kelebihan yang berlaku setelah kematian orang yang gemar membaca Al-Quran.

Jangan sesekali meninggalkan Al-Quran. Jadikan rutin seharian kita dengan pengisian berguna. Bacalah Al-Quran dan ini adalah cara mudah untuk melepaskan diri dari seksa kubur

3 Isyarat Kematian Yang Tak Disadari Manusia

Rumah yang dibacakan Al-Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya sehingga dikenal malaikat.

Jika mati orang yang suka membaca Al-Quran, cahaya dirumahnya akan diangkat ke langit & malaikat akan tahu @ mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya”.

Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dengan mayat.

Al-Quran adalah peneman kita di dalam kubur.

Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada Al-Mulk dalam dada kita.

Dalam kubur Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kau baca dengan suara lantang dan mendayu, aku akan menemanimu sehingga kamu masuk syurga.

Syurga yang didambakan bukanlah mudah untuk kita dapatkan, tetapi dengan usaha tulus dan ikhlas untuk ALLAH S.W.T insyaAllah syurga yang didambakan akan menjadi milik kita. AAMIIN.

Leave a Comment

fifteen + 20 =