Home All Hukum Larangan Gantung Gambar Keluarga Dalam Rumah

Larangan Gantung Gambar Keluarga Dalam Rumah

815
1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Larangan Gantung Gambar Keluarga Dalam Rumah 1

Sahabat yang di rahmati Allah..

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ini pula pandangan dari Mufti Kuala Lumpur:

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Ustaz, apakah hukum menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah atau gambar manusia pada kulit buku? Benarkah jika gambar tersebut tidak cukup sifat seperti tiada kaki atau separuh dibenarkan untuk digantung di dinding dan kulit buku?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat agar tidak dilakukan perbuatan menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah, sekalipun separuh badannya dihilangkan, kerana keluar daripada khilaf. Adapun di kulit buku, maka kami berpendapat itu tidak mengapa.

Wallahua`lam.

Ada pun gambar2 yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding2 rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Larangan Gantung Gambar Keluarga Dalam Rumah 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here