Kereta mandi air Yasin khurafat – Mufti Negeri Sembilan

SEREMBAN – “Boleh menimbulkan fitnah dan tohmah kepada orang lain. Maka (perbuatan sebegitu) perlu ditegah dan tidak boleh dijadikan ikutan,” tegas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir individu beragama Islam yang dipercayai memandikan kenderaan baharu mereka menggunakan air daripada solat hajat dan bacaan Surah Yasin.kereta mandi air yasin, amalan khurafat, cuci kereta dengan air yasin, perbuatan kurafat, perlakuan khurafat,

Berdasarkan perkongsian beberapa individu menerusi laman media sosial Facebook, difahamkan langkah tersebut diambil untuk mengelakkan kenderaan mereka ditimpa perkara tidak diingini misalnya kemalangan atau kecurian.

Sinar Harian mendapati, amalan dikongsi melalui ruangan komen sebagai respons terhadap berita kemalangan melibatkan kenderaan milik seorang pelakon terkemuka tanah air, baru-baru ini.

sumber; http://www.sinarharian.com.my

Leave a Comment

five + twenty =