Inilah Kelebihan Suka Menjamu Orang Makan

Menjamu makanan kepada tetamu atau sesiapa sahaja adalah seperkara yang baik dan mempunyai banyak kelebihan

Berkata Saiyidina Ali r.hu; “Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku atau satu sha’ dari makanan, lebih utama lagi bagiku daripada aku memerdekakan seorang hamba sahaya.” Saiyidina Ibnu Umar r.huma pula berkata; “Antara tanda kemuliaan seseorang ialah makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada rakan-rakannya.”

Para sahabat Nabi s.a.w dahulu kala sering berkumpul untuk majlis bacaan al-Quran al-Karim, dan mereka tidak akan berpisah melainkan sesudah menjamah sedikit jamuan, walaupun sekadar jamuan ringan.

Berikut di bawah ini adalah kisah dari perkongsian seorang uztaz tentang kelebihan dan keberkatan hidup yang diperolehi oleh orang yang suka menjamu orang lain makan. Semoga kisah ini bermanfaat kepada kita semua.belanja makan, jamu orang makan, belanja kawan makan, beri orang makan, sedekah makanan

Ada seorang pakcik ini, umur sudah dekat 75 tahun. Namun badan sihat, muka ceria dan rezeki murah. Apa saja yang dia nak, semua Allah mudahkan. Keluarga bahagia, cucu-cucu semua hafiz-Hafizah. Bahkan ada jadi Maulana besar di Seri Petaling. MasyaAllah.

Ada orang tanya, apa rahsianya? Pakcik itu pun kongsikanlah. Beliau beritahu;

“Sebenarnya dahulu hidup saya susah juga. Kemudian ada seorang ulama pesan pada saya, selalulah jamu orang makan kerana Allah. Tanpa perlu suruh orang itu doakan pun, pasti Allah akan bagi rezeki yang luar biasa. Allah bagi keluarga bahagia. Allah tak bagi kaya tetapi Allah bagi senang. Semua yang kita nak, dapat.

Allah bagi umur panjang, fikiran tenang dari duniawi, akhirat jadi matlamat, tubuh badan sihat walaupun umur macam ni tapi Alhamdulillah masih lagi dapat keluar dakwah dengan orang-orang muda.” Katanya.

Itulah pengajarannya. Bila kita gembirakan orang kerana Allah, Allah akan gembirakan kita. Ada pula sesetengah orang yang kurang cerdik, kerana nak gembirakan manusia, dia sanggup cari murka Allah. Orang macam ini biasanya hidupnya sempit dan tak tenang. Ini kerana nak cari redha manusia, sanggup dia abaikan perintah Allah.

Manusia yang cerdik ialah yang mencari redha Allah, walaupun di sana ada manusia tak suka. Allah pasti akan angkat orang sebegini dan memuliakannya.
Hampir setahun lebih tinggal di Bangi, saya melihat ada beberapa abang di sini yang begitu suka menjamu orang makan. Tak cukup dengan jamu di kedai, selalu ajak pula makan di rumah. Mereka ini hidupnya bahagia, walaupun tak sekaya orang jutawan tetapi kerana pemurahnya mereka, maka Allah lebih lagi pemurah dengan mereka. Allah takkan biarkan mereka (menyimpang) jauh pasti ada yang datang menasihati.

Tanpa mereka tahu, mereka sering didoakan oleh orang yang mereka jamu makan. Asbab itu insyaAllah rezeki mereka tak putus. Allah bagi mereka sihat dan Allah lapangkan masa mereka untuk keluar dakwah. Mereka juga ada masa bahagia bersama keluarga. Semua ini kerana berkat dari sifat suka menjamu orang makan.

Jamu orang makan ini, tak semestinya kena Briyani, tetapi biskut cicah teh pun dikira menjamu. Memang sifat suka menjamu ini sudah sebati dalam diri mereka. Semoga Allah mengurniakan kita sifat mulia seperti ini juga. Amin.

Gemar memberi makan kepada orang lain kelak akan memperoleh naungan pada hari perhitungan amal. “Tiga perkara siapa pun yang ada padanya, kelak akan dinaungi oleh Allah di bawah arasy-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Iaitu, berwuduk pada waktu cuaca dingin, mendatangi masjid meskipun gelap dan memberi makan orang yang kelaparan.” (Hadis Riwayat Abu Muslim al-Ashbahani).

2 thoughts on “Inilah Kelebihan Suka Menjamu Orang Makan”

Leave a Comment

nineteen − twelve =