Carilah Keberkatan Dalam Majlis Walimahtul Urus

PANDUAN PENGANTIN DAN IBUBAPA PENGANTIN

Terdapat beberapa larangan semasa mengadakan majlis walimatul urus iaitu :

PERTAMA:
Tidak melakukan persandingan duduk di atas pelamin, dengan di iringi upucara tepung tawar dan sebagainya. Bersamaan dengan adat agama hindu.

Firman Allah S.W.T (maksud): “..Janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An-Nur ayat 31)

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Setiap perempuan itu adalah aurat. Setiap kali ia keluar dari rumahnya maka syaitan akan memperhatikannya dan (syaitan) berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan melalui seseorang melainkan akan memperdayakannya”.
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

KEDUA:
Tidak bercampur-aduk diantara lelaki dan perempuan.

Percampuran lelaki dan perempuan terdapat dua kategori , iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan syarak. Kategori yang di haruskan syarak adalah perhimpunan yang tidak berlaku pergeseran tubuh antara lelaki dan perempuan. Jika boleh mempunyai dua khemah berasingan untuk tetamu lelaki dan wanita.keberkatan majlis kahwin, adab majlis perkahwinan, cara buat majlis perkahwinan, majlis perkahwinan islam, majlis perkahwinan cara islam

KETIGA:
Tidak Bermegah-megah, Bangga Diri Dan Sebagainya.

Menurut Imam al-Ghazali, seseorang yang terjebak bermegah-megah telah melakukan syirik kahfi terhadap Allah. Tidak akan masuk syurga jika ada sedikit kesombongan atau kemegahan dalam diri anak Adam.

KEEMPAT:
Tidak Ada Sebarang Pembaziran (wang ringgit, makanan, masa dan lain-lain)

Pembaziran disini, kita boleh lihat dari pelbagai aspek yang jelas, terumatanya mereka yang mahu bersanding menyewa pakaian pengantin yang melangkaui keperluan, sewa set pelamin yang sememangnya tidak mendatang faedah, makanan yang tidak dihabiskan malah dibuang begitu sahaja, menghabiskan masa dengan sesi bergambar dan lain-lain lagi yang mana akhirnya menyebabkan terabainya perkara utama yang sepatutnya diutamakan.

BACA JUGA: Kenali 7 Jenis Isteri Yang Sering Diceraikan Suami

Sepatutnya masa-masa ini diisi dan disempurnakan dengan perkara-perkara yang sepatutnya iaitu seperti melayani tetamu yang hadir, solat fardu dan sebagainya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Janganlah kamu membazir secara melampau.”
(Surah al-Israk ayat 26)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan…” (Surah al-Israk ayat 27)

Dr. Zulkifli Al-Bakri menyebut dalam ceramahnya, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata : “Jinayah yang terbesar bagi umat Islam ialah membazir masa.”

KELIMA:
Tidak Ada Ucapan-Ucapan atau Kata-Kata Yang Kurang Wajar atau Kurang Sopan Dari Yang Menyaksikan.

Ini termasuklah tidak menyuruh pasangan pengantin baru melakukan adegan-adegan yang tidak wajar dipertontonkan. Juga tiada umpan-umpatan atau membuka aib sesiapa sahaja.

Sabda Rasulullah S.A.W. (maksud) :“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat”
(Ibnu Abib Dunya & Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah S.A.W. (maksud) :”Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

KEENAM:
Tidak Melakukan Adegan-Adegan Suami Isteri

Kita lihat, zaman ICT sekarang ini pasangan pengantin tidak segan silu melakukan adegan-adegan yang tidak patut dipertontonkan dikhalayak umum seperti bercium (sama ada pipi / dahi), berpelukan ketika bergambar, dukung mendukung dan sebagainya. Sedangkan ini tidak diajar oleh Islam.

Malah tanpa sedari perbuatan ini telah meniru agama Kristian dan Yahudi. Mereka menganggap remeh akan perkara ini malah mereka berfikiran, mereka bebas melakukan apa pun kerana bergelar Raja Sehari. Inilah perbuatan yang mencemarkan maruah diri sendiri dan juga maruah sebagai muslim.

Perlulah diingat, kemesraan suami isteri bukanlah untuk dipertontonkan malah pasangan suami isteri perlulah menjaga adab-adab dan berkelakuan sopan seperti bersifat malu, menghormati tetamu, ibubapa serta majlis dan sebagainya. Tambahan pula mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, “Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya.”

KETUJUH:
Tidak Tabarruj (Solekan-solekan) dan Tidak Menutup Aurat.

BACA JUGA: Hukum Bila Suami Melarang Isteri Menziarahi Ibu Bapa Sendiri

Definisi Tabarruj.
i) Memperlihatkan seseorang wanita itu akan kecantikannya yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya.
ii) Menampakkan wanita akan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Iaitu menampakkan kecantikan dengan membuka dan mempamerkan keelokan bahagian-bahagian yang mengghairahkan seperti pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.
iii) Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan dan fitnah kedua-duanya.

Sepertimana kata Imam Bukhari, tabarruj adalah mempertontonkan seseorang wanita akan kecantikannya. Syeikh al-Maududi mengatakan bahawa: Jika kata tabarruj ditujukan kepada wanita,maka ia memiliki tiga pengertian seperti berikut:

i) Tindakan mendedahkan kecantikan wajahnya dan bahagian-bahagian tubuhnya yang mengundang berahi kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.
ii) Mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.
iii) Mendedahkan dirinya melalui cara berjalan, kegenitan dan juga kesombongannya kepada mereka

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :“Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu yang dipukul kepada manusia dan wanita yang berpakaian telanjang berjalan berlenggang-lenggok, sanggulnya seperti bonggol unta yang gila, mereka tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mencium baunya, padahal bau syurga akan tercium dari jarak perjalanan sejauh sekian-sekian.” Di dalam satu riwayat yang lain menyatakan,” Bau syurga itu terciumsejauh lima ratus tahun perjalanan.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Libas wa al-Zinah, 3971)

Termasuk di dalam bab ini, pengantin-pengantin perempuan menjauhikan diri dari berhias dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam seperti menyambung rambut, menyambung bulu mata, maskara, mencukur / menipiskan kening, pakaian yang jarang hingga menampakkan bentuk badan, bersanggul rambut dan sebagainya.
Sabda Baginda S.A.W lagi (maksud) :”Rasulullah S.A.W melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya.”(Hadis Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang hasan. Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari)keberkatan majlis kahwin, adab majlis perkahwinan, cara buat majlis perkahwinan, majlis perkahwinan islam, majlis perkahwinan cara islam

KELAPAN:
Tidak mengabaikan perkara-perkara fardhu seperti Solat 5 waktu dan lain-lain

Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab tidak sempat kerana sibuk dengan urusan keduniaan, malas dengan kata lain meninggalkannya dengan sengaja sedangkan dia tahu akan kewajiban melaksanakan solat, maka dia telah melakukan dosa besar.

Lihat betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat dengan sengaja ini. Tambahan pula ketika mana kita melakukan Sunah Nabi S.A.W iaitu ketika majlis walimatul urus. Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum melakukan dosa besar.

KESEMBILAN:
Tidak melakukan perkara khurafat seperti merenjis beras kunyit atau air mawar yang kononnya membawa simbolik kehidupan dan murah rezeki.

Menepung tawar memang menyerupai amalan perkahwinan agama hindu. Di samping itu ia melibatkan unsur-unsur pembaziran. Menepung tawar memang menyerupai amalan perkahwinan agama hindu.

Penasihat PERKIM Cawangan Ampang juga merupakan Pegawai Dakwah dari Persatuan Islam Cina Malaysia menyatakan :
“Upacara menepung tawar bukanlah budaya orang hindu semata-mata tetapi upacara menepung tawar ini adalah upacara keagamaan hindu dimana mereka meminta, memohon, berdoa kepada tuhan-tuhan hindu iaitu ganeshan, murugan, parvhati untuk memberkati pengantin.”

Sesuai dengan Sabda Baginda Nabi SAW yang (maksud) :”Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikalangan mereka.”(Hadis Riwayat Abu Dawud)

KESEPULUH:
Tidak bersalam-salaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Perlu diingatkan sepupu dengan sepupu bukan mahram, suami kepada ibu saudara kita atau isteri kepada bapa saudara kita bukan mahram.

Sahabat yang dikasihi,
Sebagai kesimpulan, cuba kita renung kembali sekiranya terdapat perkara-perkara mungkar seperti yang dinyatakan di atas di dalam majlis walimatul urus yang kita jalankan maka tinggalkanlah . Apalah maknanya majlis pernikahan kita, pernikahan yang mana jika dilakukan menyempurnakan sebahagian dari agama akhirnya dicemari dengan dosa-dosa sama ada kita sedari mahupun tidak, malah lebih hebat lagi ianya menyebabkan kita turut juga menanggung dosa-dosa mereka yang menghadirkan diri kerana berbuat mungkar, yang hakikatnya kita sendiri sebagai penganjur majlis tersebut.

Jangan kita salahkan orang lain, kenapa nanti rumahtangga kita porak-peranda, hidup tidak bahagia, isteri tidak mahu mendengar kata, suami tidak bertoleransi, anak-anak yang degil atau keras kepala, benak hati, lembab fikiran dan sebagainya. Berpunca daripada pelanggaran batas-batas syarak semasa di adakan majlis walimatul urus hingga Allah SWT tidak memberkati dan meredhai majlis tersebut.

Yang paling penting, sedarlah kita bahawa Inilah akibat yang akan berlaku sekiranya tiada keberkatan di dalam kehidupan.

Jadi, Allah Ta’ala kurniakan kita akal yang waras maka pilihlah sama ada mahu pernikahan yang mana akan membentukkan sebuah keluarga yang diberkati ketika sebelumnya, semasa majlis dan sesudah majlis iaitu ketika melayari bahtera rumahtangga atau sebaliknya.

Pernikahan adalah permulaan untuk kita memasuki alam rumahtangga, maka jika permulaan mendapat keberkatan disisi Allah Ta’ala, in syaa Allah perjalanan seterusnya lebih mudah, diberkati serta dirahmati Allah S.W.T.

Ingatlah, untuk melahirkan zuriat yang cemerlang dunia dan akhirat mestilah bermula sebelum majlis pernikahan lagi. Wallahualam.

Leave a Comment

eight + sixteen =