SUBHANALLAH!! Kisah Malaikat Jibril Yang Membawa Api Neraka Turun ke Bumi

Kewujudan Neraka memang belum nampak, namun umat Islam meyakini jika tempat ini sudah dipersiapkan Allah SWT untuk hamba-Nya yang zalim, ingkar dan tamak. Neraka nantinya dipenuhi dengan seksa, serta panas api yang menyala-nyala.

Berdasarkan riwayat hadis, panas api disana mencapai 70 kali dari panasnya api di dunia. Tentu wapnya saja akan mampu membakar tubuh-tubuh manusia yang berdosa di dalamnya. Tahu kah anda jika ternyata api di neraka pernah di bawa Malaikat Jibril ke dunia.

Pada awalnya Malaikat meminta api neraka sebesar buah kurma saja. Namun penjaga neraka menolaknya, mengingat jumlah tersebut mampu melelehkan tujuh langit dan seluruh bumi kerana panasnya. Akhirnya api yang dibawa ke bumi hanya sebesar biji zarah saja. Bagaimana kelanjutannya? Berikut kisahnya.

Dari Abu Hurairah ra. menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang ertinya” Api yang biasa kalian nyalakan merupakan sebahagian dari tujuh puluh bahagian panasnya neraka jahanam” “Ya Rasulullah, demi Allah sungguh api dunia ini benar-benar cukup panas,” ungkap para sahabat.

api neraka, perbandingan api neraka, api neraka VS api dunia, malaikat jibril membawa api neraka, api neraka turun ke dunia

Nabi Muhammad SAW melanjutkan “Tetapi sungguh api neraka jahanam enam puluh sembilan kali lebih panas dibandingkan api dunia, yang masing-masing bahagian sama panasnya dengan api di dunia” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Begitulah dasyat panasnya. Dalam sebuah cerita dikisahkan sewaktu Nabi Adam AS sampai di dunia kesukaran dalam menjalani kehidupannya. Untuk memperoleh makanan, terlebih dahulu harus bekerja keras.

Namun ketika sudah mendapatkan bahan makanan, bahan-bahan tersebut tidak boleh langsung dimakan seperti di syurga. Harus diolah lagi baru kemudian boleh dinikmati. Caranya adalah memasaknya dengan api.

Nabi Adam akhirnya memohon kepada Allah SWT agar diberi api. Maka Allah SWT mengutus Malaikat Jibril agar meminta sedikit api neraka kepada malaikat Malik penjaga neraka, untuk keperluan nabi Adam AS tersebut.

“Wahai Jibril, berapa banyak engkau menginginkan api?” Tanya malaikat Malik.

“Aku minta api neraka sebesar buah kurma?” Jawab malaikat Jibril.

“Jika aku memberikan api neraka seukuran buah kurma, maka tujuh langit dan seluruh bumi akan hancur meleleh kerana panasnya!” Malaikat Malik menjelaskan.

“Kalau begitu berikan saja kepadaku separuh buah kurma saja!” Minta malaikat Jibril.

Kemudian malaikat Malik menjawab, “Jika aku berikan api sebesar separuh kurma. Maka langit tidak akan menurunkan air hujan setitis pun dan air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satu pun tanaman yang hidup kerana panasnya.”.

Sang Malaikat kemudian bertanya kepada Allah SWT berkaitan jumlah yang betul api yang boleh di bawa ke bumi.

Dan Allah pun berfirman: “Ambillah api dari neraka sebesar zarah!”

Malaikat Malik kemudian mengambil api neraka sebesar zarah (ukuran terkecil dari atom), lalu diserahkan pada malaikat Jibril. Malaikat Jibril merasakan api yang sebesar zarah masih terlalu panas untuk nabi Adam AS.

Lalu api neraka sebesar zarah itu terpaksa didinginkan dengan mencelupkannya ke dalam sungai di syurga sebanyak 70 buah sungai, setiap satu sungai 70 kali celupan. Setelah selesai dan dirasa tidak terlalu panas, maka malaikat Jibril membawan api neraka ke bumi.

Ternyata gunung pun tidak sanggup menahan panas dari api yang hanya sebiji zarah tersebut. Sebelum diserahkan kepada nabi Adam as, api neraka itu diletakkan di atas gunung yang tinggi.

Tetapi ketika api itu diletakkan, gunung tersebut hancur lebur sebab tidak mampu menahan panasnya api neraka yang sebesar zarah itu.

Tanah, batu-batu, besi dan semua yang ada di sekitar gunung, di dalam tanah dan di atas daratan menjadi bara api yang sangat panas dan mengeluarkan asap tebal.

Bahkan api neraka itu tembus hingga perut bumi dan menyebabkan munculnya bara api yang sangat besar di dalam perut bumi. Dahsyatnya, bara api yang ditinggalkan adalah berwarna hitam pekat bukan berwarna merah menyala.

Api yang kita gunakan hari ini adalah sisa-sisa api dari bara api yang membakar tanah, batu, dan besi dan dari bara api di perut bumi yang kadar panasnya jauh berkurang beratus juta kali dari panasnya api neraka.

Sumber: Islamidia

BACA JUGA: Inilah 5 ‘Benda’ Berasal Dari Syurga Yang Berada Di Bumi

Leave a Comment

5 × two =