Jangan Ganggu Tunang / Isteri Orang – Habib Ali Zaenal Abidin

Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
  • Ustadz Hasan Baharom
  • Ustadz Soleh Bal Asad
  • Ustadz Abdul Hamid
  • Ustadz Soleh Bin Agil
  • Ustadz Ahmad Barakwan
  • Ustadz Husin Bin Abu Bakar
    dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.jangan ganggu tunang orang, larangan ganggu tunang orang, dosa ganggu tunang orang, tunang orang, jangan rampas tunang orang
 Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan: Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa) Al Habib Ali Masyhur Al Habib Salim As Syatiri Al Habib Hasan As Syatiri Al Habib Abdullah Bin Syihab Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus Syeikh Fadal Ba Fadal Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf Syeikh Umar Husain Al Khatib Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri Habib Umar Bin Hafidz (kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
  • Dr. Abdul Badi Abu Hashim
  • Dr. Saad Jawish
  • Dr. Ali Jumah
  • Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan Islamic Legislation and Law dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Leave a Comment

2 × one =