Home All Tazkirah Jaga 6 Perkara Ini Sebaiknya Jika Ingin Masuk Syurga

Jaga 6 Perkara Ini Sebaiknya Jika Ingin Masuk Syurga

316
0

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ

Dari ‘Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: “Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian.” (HR Ahmad No: 21695) Status: Isnad Maqbul

6 perkara jaminan syurga, masuk syurga, tip masuk syurga, cara nak masuk syurga, 6 perkara masuk syurga
Gambar Hiasan

6 PERKARA DIJAMIN MASUK SYURGA

Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:

1. Jujur jika berbicara.

Ibnu Qayyim: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran (tidak berbohong) akan membezakan antara munafik dan beriman.

2. Menepati janji.

Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.

3. Menunaikan amanah.

Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan

4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)

5. Menundukkan pandangan.

Ibnu Qayyim: menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran.

6. Menahan tangan.

Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya. Tahanlah tangan kamu. (tidak mencuri, tidak mengambil rasuah, tidak memukul orang dan tidak menulis atau menyebarkan sesuatu berita fitnah).

Nampak mudah tapi payah… Tapi kalau nak syurga kena la jaga 6 perkara ni… Rasulullah s.a.w. jamin boleh masuk syurga…

Boleh buat kecuali orang-orang yang sabar dan beramal soleh…

Nak masuk syurga tak??? Kalau nak kena usahalah jaga 6 perkara ini sebaiknya. Sebarkanlah Ilmu Walaupun Sebesar Zarah..

Semoga bermanfaat. Kalau Bermanfaat Sila Like & Share!

BACA JUGA: Inilah 5 ‘Benda’ Berasal Dari Syurga Yang Berada Di Bumi

Jaga 6 Perkara Ini Sebaiknya Jika Ingin Masuk Syurga 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here