Obesiti, Padah Ingkar Ajaran Agama?

Obes merujuk kepada seseorang yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 30 kg/m. Ukuran BMI ini diperoleh daripada berat badan (kg) dan ketinggian (m) seseorang.

Statistik terbaru yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300 juta manusia di dunia hari ini dikategorikan sebagai obes.

Di Malaysia, sebanyak 15.1 peratus rakyatnya mengalami kegemukan. Ini menjadikan Malaysia menjuarai tempat pertama di kalangan negara ASEAN dan berada pada kedudukan nombor enam di Asia yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti.

Carta itu sekaligus mengalahkan beberapa buah negara Asia Barat yang secara tradisinya dianggap ‘negara gemuk’. Demikian laporan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan.obesiti, jaga badan, kurus dengan puasa, kawal nafsu makan, jangan ikut nafsu makan, bahaya obesiti

Menurut kajian itu, seramai 2.6 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai gemuk dan hampir setengah juta di bawah 18 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan.

Trend ini semakin membimbangkan kerana obesiti boleh menyebabkan banyak penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung dan kanser.

Pakar pemakanan sedunia berpendapat bahawa tabiat makan secara berlebihan, terutamanya makanan yang tinggi kandungan gula, kalori dan lemak merupakan salah satu punca utama kepada masalah kegemukan.

Sebelum perkara ini diperakui oleh para ilmuwan moden, Al-Qur’an telah pun menjelaskan kepentingan dalam soal makan dan minum sejak 1,400 tahun dahulu lagi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” Surah Al-Araf, ayat 31.

Allah telah menghimpunkan seluruh prinsip perubatan dalam ayat diatas. Antara peringatan paling jelas — manusia terutamanya umat Islam diberi petunjuk supaya jangan makan berlebihan atau melampaui batas.

Ini kerana amalan buruk sedemikian boleh menyebabkan masalah obesiti dan peningkatan risiko kematian awal.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhkan sebuah bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Memadailah anak Adam itu memakan beberapa suapan yang dapat mengisi perutnya. Sekiranya tidak boleh tidak, hendaklah satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” Hadis sahih riwayat Ahmad & A–Tirmizi.

BACA JUGA:Bolehkah Orang Kidal Makan Dengan Tangan Kiri?

Berdasarkan ayat diatas, Nabi turut menasihati umat Islam agar menjaga pemakanan seharian. Jangan gelojoh dan menelan apa saja apabila menjamah makanan. Makan ikut nafsu sehingga terlalu kenyang akan membawa banyak penyakit seperti badan menjadi lemah, mengantuk dan malas untuk beribadah.

Meskipun Nabi bukanlah pakar dietetik, namun ahli perubatan moden telah membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah SAW tersebut.

Dr. Henry Bieler yang pernah mengkaji kesan pemakanan terhadap tubuh badan manusia selama 50 tahun telah menulis penemuan baru dalam bukunya, Food is your best Medicine.

Beliau mendedahkan bagaimana makanan yang dimakan memberikan kesan positif kepada proses penyembuhan. Dia mendakwa bahawa punca utama penyakit bukan disebabkan kuman seperti mana dijelaskan dalam teori kuman.

Pakar perubatan terkenal Amerika ini memberitahu punca utama penyakit adalah ‘Toxemia’ atau racun daripada pemakanan yang tidak betul, gaya hidup tidak sihat dan tekanan. Kenyataan ini dianggap amat berani pada masa itu.

Menurut pandangan sains, makan berlebihan atau makan sebelum makanan terhadam sempurna boleh membebani sistem pencernaan. Apabila sistem pencernaan terbeban dengan makanan yang terlalu banyak, organ itu akan mengalami keradangan seterusnya menghasilkan banyak bakteria berbahaya di dalam perut.obesiti, jaga badan, kurus dengan puasa, kawal nafsu makan, jangan ikut nafsu makan, bahaya obesiti

Perkara yang sangat membimbangkan, bakteria tersebut boleh menjangkiti salur darah, sistem pernafasan, pundi kencing dan buah pinggang.

Oleh itu, cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengikuti bimbingan dari Allah. Mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sederhana untuk meningkatkan kualiti hidup yang lebih sihat.

Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik dalam mempraktikkan ayat Al-Qur’an yang diturunkan Allah. Baginda tidak pernah melampaui batas dalam bab makan dan minum. Malah, makanan kegemaran Rasulullah SAW cukup ringkas, kurma, buah zaitun dan air kosong sahaja.

Ini menunjukkan Rasulullah benar-benar menjaga kesihatan diri. Maka tidak hairanlah kenapa Rasulullah SAW memiliki bentuk fizikal yang tegap, tidak gemuk dan tidak kurus.

Antara diet lain yang diamalkan Rasulullah SAW adalah berpuasa. Baginda menganjurkan kepada kita supaya banyak berpuasa. Amalan itu bukan sahaja dapat mendkatkan kita kepada Allah, malah ubat paling berkesan dalam menangani masalah obesiti.

BACA JUGA: Amalan Makan Dalam Dulang Mampu Mengeratkan Silaturahim

Leave a Comment

2 + 18 =