Nur, Bukit Mertajam.

UKE: Nabi SAW bersabda: “Janganlah salah seorang kamu mengharapkan kematian hanya kerana musibah yang menimpanya, kalau pun ingin melakukan itu, katakanlah: “Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu memang baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika wafat itu memang baik bagiku.”(Hadis riwayat Al-Bukhari no. 5671, Muslim no. 2680).

Anda pergi untuk buat ibadat, kenapa hendak minta mati pula? Bukankah banyak tanggungjawab anda di tanah air dan berapa banyak pahala boleh dapat jika umur anda panjang? Kalau semua orang minta mati di sana, siapa pula yang akan jaga agama?hukum niat meninggal dunia di mekah, meninggal dunia di tanah suci, niat meninggal dunia di tanah suci

Adakah anda ingin mati di Mekah atau Madinah sebab ada orang kata kalau mati di sana masuk syurga? Kalau begitu sebabnya anda hendak mati, maka pendapat itu tak betul. Cuma apa sebab mati itulah yang perlu jelas.

Tidaklah menjadi kesalahan minta mati di Mekah atau Madinah tetapi yang salah ialah bunuh diri atau cari jalan hendak bunuh diri sebab hendak mati di sana.

Mintalah mati dalam husnul khatimah. Walau di mana mati sekalipun, jika dalam husnul khatimah itulah yang baik. Meninggal dunia ketika mengerjakan haji atau umrah, mudah-mudahan termasuk dalam husnul khatimah.

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Dilarang Akad Nikah Di Tanah Suci