Hasil Pertemuan Negara-Negara Islam OIC Di Turki Buat Amerika Terus SEDIH

Selepas seharian suntuk berbincang, akhirnya terbentuklah Deklarasi Istanbul 2017 yang hasilnya buat Amerika terus jadi sedih. Dalam resolusi tu semua negara Islam, termasuk Malaysia sepakat untuk……..

IKTIRAF BAITULMAQDIS IBU NEGARA PALESTIN

Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di sini, sebulat suara mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin dan menggesa masyarakat dunia untuk mengambil tindakan sama.

negara-negara islam OIC, persidangan OIC, isu palestin, pertemuan negara-negara islam, amerika jangan masuk campur

Persidangan itu juga mengisytiharkan tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, ‘tidak sah dan terbatal dari segi undang-undang’ dan ‘satu cubaan melemahkan semua usaha damai’ serta menggalakkan ‘ekstremisme dan keganasan’.

Pertubuhan yang dianggotai 57 negara anggota, termasuk Arab Saudi dan Iran, turut menegaskan, semua negara anggota komited kepada ‘satu-satunya penyelesaian komprehensif bagi memastikan keamanan’ di wilayah terbabit.

LUCUT AMERIKA SEBAGAI PENAJA PENDAMAIAN

Deklarasi Istanbul itu juga menegaskan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, peranan negara kuasa besar berkenaan sebagai penaja perdamaian di Asia Barat tidak lagi sah.

“Deklarasi Sidang Kemuncak OIC memutuskan AS perlu menarik diri daripada memainkan peranan dalam proses damai di Asia Barat,” lapor stesen televisyen Turki, NTV.

Deklarasi itu juga menegaskan langkah Washington menyamai ‘galakan kepada Israel yang meneruskan dasar kolonialisme, pendudukan, aparteid dan pembersihan etnik.’

UCAPAN ERDOGAN

Sidang kemuncak negara-negara Islam itu dianjurkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selaku Pengerusi OIC sebagai tindak balas terhadap tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Erdogan melabel Israel sebagai negara penakluk dan pengganas.

“Semua negara yang menghargai undang-undang antarabangsa dan keadilan perlu mengiktiraf Baitulmaqdis yang diduduki Israel sebagai ibu negara Palestin,” katanya menegaskan ‘negara Islam tidak akan melepaskan’ tuntutan itu.

UCAPAN MAHMOUD ABBAS

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapannya pada persidangan sama memberitahu pemimpin negara Islam bahawa Washington tidak lagi boleh menjadi broker damai yang jujur.

“Peranan AS dalam proses politik tidak lagi boleh diterima kerana mereka memihak kepada Israel.

negara-negara islam OIC, persidangan OIC, isu palestin, pertemuan negara-negara islam, amerika jangan masuk campur

“Ini adalah pendirian kami dan kami berharap anda (negara anggota OIC) menyokong kami (Palestin) dalam perkara ini,” kata Abbas.

Abbas menegaskan: “Tidak mungkin wujud keamanan atau kestabilan di Asia Barat selagi Baitulmaqdis tidak diiktiraf sebagai ibu negara Palestin”.

PERUTUSAN RAJA SALMAN

Sementara itu di Riyadh, Raja Arab Saudi, Raja Salman, berkata Palestin berhak menjadikan Timur Baitulmaqdis yang diduduki Israel sebagai ibu negara mereka, menyokong gesaan dalam sidang kemuncak OIC di Istanbul yang tidak dihadirinya.

“Pentadbiran diraja menggesa satu penyelesaian politik bagi menyelesaikan krisis serantau, terutama berkaitan isu Palestin dan pengembalian hak sah rakyat Palestin termasuk hak mewujudkan negara bebas dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya,” katanya.

Raja Salman berucap di hadapan Majlis Rundingan pentadbiran diraja itu ketika badan pan-Islam dunia mengadakan sidang kemuncak tergempar di Istanbul sebagai tindak balas terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh AS.

Raja Salman memperbaharui kecamannya terhadap keputusan Trump, mengatakan ia ‘mewakili sikap amat berat sebelah terhadap hak penduduk Palestin di Baitulmaqdis yang dijamin oleh resolusi antarabangsa.’ – REUTERS/AFP

Leave a Comment

five × two =