Inilah Amalan Doa-Doa Selepas Solat Fardhu

Doa selepas solat dalam Rumi berserta maksud. Berikut adalah himpunan doa selepas solat dengan teks bahasa Arab. Ia lengkap dengan sebutan (transliteration) dalam tulisan Rumi dan juga maksud/terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Doa-doa ini adalah untuk ramai orang (kami), sesuai untuk dibaca imam selepas solat berjemaah. Ia bukan doa untuk diri sendiri / sendirian (aku).

Nota: Sebutan dalam Rumi adalah hanya untuk panduan/rujukan sahaja. Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk sebutan tepat.

Pembuka Segala Doadoa selepas solat, doa selepas solat fardhu, doa solat berjemaah, amalan doa selepas solat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَلحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَلَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Bismillahir rahmaanir rahiim
Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin wassolaa tuwas salaa mu’alaa sayyidinaa Muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’iin.

Maksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan para sahabat baginda.

Doa Mohon Membaiki Diri Sebagai Seorang Islam

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ دِيْنَنَا دِيْنَ النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِسْلاَمَنَا إِسْلاَمَ المُسْلِمِينَ، وَإِيْمَانَنَا إِيْمَانَ المُؤْمِنِينَ، وَصَلاَتَنَا صَلاَةَ الخَاشِعِينَ، وَأَعْمَالَنَا أَعْمَالَ الصَّالِحينَ، وَنِيَّتَنَا َنِيَّةَ المُخْلِصِينَ، وَذُنُوبَنَا ذُنُوبَ المُسْتَغْفِرِينَ، وَحَيَاتَنَا حَيَاةَ العُلَمَاءِ، وَمَوْتَنَا بِمَوْتِ الشُّهَدَاءِ، وَأَدْخِلْنَا الجَنَّةَ مَعَ الأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ.

Allahummaj ‘aldiinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallaahu ‘alaihi wasallam, waislaamanaa islaamal muslimiin, waiimaananaa iimaanal muukminiin, wasolaatanaa solaatal khaashi’iin, wa’akmaalanaa akmaalassoolihiin, waniyyatanaa niyyatal mukhlisiin, wadzunuubanaa zunuubal mustaghfiriin (3x), wahayaatanaa hayaatal ‘ulamaa’, wamautanaa bimautis syuhadaa’, wa adkhil naljannata ma’al anbiyaa’ ‘alaihimussolaatu wassalaam.

Maksud:

Ya Allah, jadikanlah agama kami ini benar sebagaimana yang dibawa Nabi S.A.W, dan Islam kami ini sebagaimana Islamnya Muslimin yang sebenar, dan iman kami ini sebagaimana berimannya orang Mukminin, dan solat kami seperti solat orang-orang yang khusyu’, dan amalan kami seperti amalan orang-orang soleh, dan niat kami seperti niat orang-orang yang ikhlas, dan jika kami berbuat dosa, ampunkanlah dosa kami sebagaimana orang yang bertaubat kepadaMu (3x), dan hidupkanlah kami sebagaimana Ulama’, dan matikanlah kami sebagai seorang Syuhada’, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para Nabi-nabi Mu.

Doa Mohon Kesejahteraan Dunia Dan Akhirat

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةً فِى الجَسَدِ، وَزِيَادَةً فِى العِلْمِ، وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ، وتَوْبَةً قَبْلَ المَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ المَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ المَوْتِ.
Allahumma innaa nas aluka salaamatan fiddiin, wa ‘aafiatan fil jasad, wa ziyaadatan fil ‘ilm, wa barakatan fir rizq, wa taubatan qablal maut, wa rahmatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.

Maksud:

Ya Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambahkan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.

اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ المَوْتِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالعَفْوَ عِنْدَ الحِسَابِ.
Allahumma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil maut, wannajaata minannaar, wal ‘afwa ‘indal hisaab.
Maksud:

Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut, dan lepaskanlah dari api neraka, dan berilah pengampunan semasa diadakan perhitungan (hisab).

Doa Mohon Keampunan Dan Rahmat

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسُنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
Rabbanaa zolamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khaasiriin.

Maksud:

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam orang-orang yang rugi. (7:23)

Doa Mohon Dihindari Dari Sifat Buruk Dan Kepayahan

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنَ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ،وَنَعُوذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ، وَنَعُوذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيـْنِ وَقَهْرِ الرِّجَال.
Allahumma innaa na’uuzubika minal hammi walhazan wa na’uuzubika minal ‘ajzi wal kasal wa na’uuzubika minal jubni wal bukhli wa na’uuzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal.

Maksud:

Ya Allah, kami berlindung dengan Mu dari kerisauan dan kesedihan, kami berlindung dengan Mu dari sifat lemah dan malas, kami berlindung dengan Mu dari sifat penakut dan bakhil, kami berlindung dengan Mu dari bebanan hutang dan penindasan orang.

Doa Mohon Sentiasa Mendapat Hidayah, Rahmat Dan Kekal Sebagai Seorang Islam

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ.
Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idzhadaitanaa wahablanaa minladunka rahmah, innaka antal wahhaab.

Maksud:

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. (3:8)

Doa Mohon Kehidupan Yang Baik Di Dunia Dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanatan wafil aakhirati hasanatan waqinaa ‘adzaabannaar.

Maksud:

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. (2:201)

Doa Mohon Kehidupan Pengakhiran Yang Baik

اللَهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
Allahummakh timlanaa bihusnil khaatimah, walaa takhtim ‘alainaa bisuuil khaatimah.

Maksud:

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).

Selawat Ke atas Nabi Muhammad Beserta Keluarga Dan Sahabat Baginda

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Wasollallaahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi wasallam.

Maksud:

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Nak berdoa panjang atau pendek/ringkas bergantung kepada citarasa masing-masing. Apa yang lebih penting dalam berdoa ialah kita memahami makna (apa yang kita doakan) dan mengamalkannya secara berterusan. Jadikan amalan harian setiap kali selepas solat fardhu.

Semoga himpunan doa-doa pilihan selepas solat di atas memberi manfaat buat para pembaca.

1 thought on “Inilah Amalan Doa-Doa Selepas Solat Fardhu”

Leave a Comment

eleven + seventeen =